• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Lelaki Meninggal Akibat Kencing Tikus Di Kedah

oleh Ahmad Albab
03/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang pelajar lelaki dari Politeknik Kulim berusia 18 tahun meninggal dunia Jumaat lalu disyaki akibat jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata remaja itu mengalami simptom demam, sakit kepala dan lenguh badan pada 26 Mac lalu dan telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Kulim pada 31 Mac pukul 5.15 pagi.

“Pelajar terbabit terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan masih demam, sakit perut dan mengalami muntah. Rawatan rapi telah diberikan kepada pesakit namun telah disahkan meninggal dunia pada 1 April pukul 5 petang.

“Doktor telah mengesahkan pelajar terbabit meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru disyaki disebabkan oleh komplikasi daripada jangkitan kencing tikus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemeriksaan awal terhadap pelajar terbabit menunjukkan gejala dan tanda jangkitan leptospirosis dan pihak hospital telah menghantar sampel darah untuk ujian ke makmal Institut Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur.

Dr Norhizan berkata hasil siasatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kulim mendapati mangsa telah mandi di tempat perkelahan Lata Sedim pada 8, 10 dan 20 Mac bersama tiga lagi rakannya, namun rakan-rakannya tidak mengalami sebarang gejala.

Tambahnya, PKD Kulim telah menjalankan pemeriksaan di kawasan perkelahan tersebut dan mendapati kawasan persekitaran di situ tidak memuaskan dan kerja-kerja pembersihan akan dijalankan pada 7 April ini melibatkan Jabatan Perhutanan, PKD Kulim dan beberapa agensi lain.

Dr Norhizan berkata pengunjung ke pusat rekreasi dinasihat agar menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelakkan kehadiran perumah haiwan khususnya tikus yang meningkatkan risiko pencemaran dengan bakteria berkenaan.

“Pengunjung perlu elak daripada mandi di kawasan reakreasi sekiranya terdapat luka pada anggota badan selain membawa bekalan air sendiri dan tidak menggunakan air takungan sebagai air minuman.

“Orang ramai dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan jika mendapat gejala demam, sakit kepala, sakit otot, loya atau muntah, dalam tempoh dua minggu dari tempoh mengunjungi tempat-tempat rekreasi (seperti kawasan air terjun, air sungai, tasik, kolam). – BERNAMA

Tags: Kencing tikus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Kecewa Dengan Sistem Pasukan Kebangsaan”

Next Post

Majlis Baby Shower Linda Rafar Yang Sejuk Mata Memandang..

Related Posts

Kes Curi Wang RM24.2 Juta: Pemegang Akaun Terjejas Perlu Dapat Bayaran Balik Segera – BNM

Kedah Rekod 105 Kes Kencing Tikus, Satu Kematian

21/06/2024
0

ALOR SETAR: Kedah merekodkan sejumlah 105 kes jangkitan leptospirosis atau kencing tikus sehingga Minggu Epidemiologi ke-23 iaitu antara tempoh Januari...

Tiada Laporan Air Tebu Tercemar Kencing Tikus

23/05/2018
0

JERANTUT - Penggemar air tebu di negeri ini tidak perlu bimbang untuk membeli minuman itu di bazar Ramadan kerana tidak...

Next Post

Majlis Baby Shower Linda Rafar Yang Sejuk Mata Memandang..

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd