• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Yakin Mampu Cipta Kejutan Pada PRN 2016

oleh Ahmad Albab
26/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – PAS, yang disifatkan banyak pihak tidak relevan dalam senario politik Sarawak, optimis parti itu mampu membuat kejutan pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) kali ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau yakin dengan prestasi parti itu, biarpun bukan hanya terpaksa berdepan Barisan Nasional (BN), malah perlu bersaing dengan kumpulan parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN) dan bekas sekutunya, PKR dan DAP.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan manifesto PAS bagi kerusi Lambir dan Jepak di sebuah restoran di sini, malam tadi.

Selain berdepan BN, PAS yang akan bertanding 11 kerusi pada pilihan raya kali ini, akan menentang PAN di Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro, manakala dengan PKR di Kakus, Jepak dan Lambir, serta DAP di Samalaju dan Pujut.

Dalam pada itu, PAS akan bertanding satu lawan satu dengan BN di kerusi Pantai Damai.

PAN pula akan bertanding di 13 kerusi pada pilihan raya kali ini, terutamanya di kawasan yang majoriti pengundinya kaum Melayu-Melanau.

Dalam PRN-10 pada 2011, PAS bertanding di lima kawasan – Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro, namun gagal memenangi sebarang kerusi.

Ketika ditanya mengenai PAN yang akan bertanding buat pertama kali pada PRN, Abdul Hadi menyifatkan parti itu sebagai ‘parti nyamuk’, dan tidak akan memberi cabaran sengit kepada parti yang sudah kukuh.

Mengulas kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang mengenai perbalahan dalam kalangan parti-parti pembangkang akan memberi kelebihan kepada BN, Abdul Hadi tidak bersetuju dengan pandangan itu.

Dalam pada itu, PAS akan berdepan pertandingan tiga penjuru di kebanyakan kerusi ditandinginya, kecuali di Sadong Jaya dan Pujut, yang melibatkan saingan empat penjuru.

Selain itu, parti berkenaan juga akan bertanding di dua kawasan majoriti penduduk kaum Iban di Kakus dan Samalaju, serta satu kawasan majoriti masyarakat Cina di Pujut.

Parti berkenaan juga meletakkan calon bukan Islam, iaitu Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak, Clement Bayang, 59, yang merupakan bekas penyanyi dan artis rakaman Iban, untuk bertanding kerusi Kakus. – BERNAMA

Tags: PASPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jakarta Dilanda Jerebu, Bangunan ‘Hilang’ Dari Pandangan

Next Post

Peranti Baru iPhone 7 Mungkin ‘Malapetaka’ Buat Apple?

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Peranti Baru iPhone 7 Mungkin 'Malapetaka' Buat Apple?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd