• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tidak Bimbang Hadapi Amanah Pada Pilihan Raya Sarawak

oleh Ahmad Albab
07/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTULU – PAS tidak bimbang dengan cabaran yang dihadapi khususnya daripada Parti Amanah Negara (Amanah) pada pilihan raya negeri ke-11 (PRN-11) nanti, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata PAS berkeyakinan parti itu lebih mendapat sokongan berbanding Amanah yang disifatkan beliau hanya ‘khadam’ kepada DAP.

“Kita tidak menganggapnya satu saingan yang sangat mencabar khususnya apabila orang Islam dan kaum bumiputera menyedari bahawa Amanah adalah merupakan khadam kepada DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Pengistiharan Calon PAS yang akan bertanding pada PRN-11 nanti di sini malam tadi.

Pada majlis itu, PAS secara rasmi mengumumkan senarai 11 calon yang akan bertanding di 11 kerusi Dewangan Undangan Negeri (DUN).

Ketika ditanya sama ada berlaku pertindihan kerusi khususnya dengan PKR pada PRN-11 itu nanti, Abdul Hadi berkata perkara tersebut hanya akan diketahui semasa hari penamaan calon.

Sementara itu, calon bukan Islam yang ditampilkan PAS untuk bertanding pada PRN-11 bagi DUN Kakus, Clement Bayang berkata penyandang kerusi itu yang disifatkan ‘sudah tua’ menjadi antara faktor beliau bertanding kali ini.

Penyandang kerusi DUN Kakus sejak lima penggal, Datuk John Sikie Tayai, 65, (DOB 15/05/1950) menang di kerusi itu pada 2011 selepas mengalahkan calon PKR, Paul Anyie Raja dengan majoriti 602 undi.

Bayang, 59, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak dan bekas penyanyi Iban yang terkenal di negeri ini berkata secara peribadi beliau juga mengenali Sikie yang juga rakannya.

“Dia pun kawan saya…saya tidak mahu dia kerja kuat sangat terus bertanding sebab dia sudah tua,” katanya yang pernah bertanding di DUN Kemena pada 2011.

Bayang juga mengakui sebagai calon PAS pada PRN-11 nanti, beliau turut melafaz baiah setia dengan perjuangan parti itu. – BERNAMA

Tags: Hadi AwangPANPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd