• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tidak Bertegang Dengan UMNO Mengambil Konsep Al-Quran

oleh Ahmad Albab
16/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS tidak lagi mengambil pendekatan tegang dengan UMNO kerana mengambil konsep Al-Quran iaitu bertolong-menolong dalam perkara baik dan tidak membantu dalam perkara yang buruk.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, semua pihak perlu saling menghormati berhubung perbezaan pandangan kerana Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi.

“Dengan sebab itu kita mengkritik kerajaan dalam perkara yang salah. Perkara yang betul, kita menerima secara positif,” katanya dalam satu temubual dengan wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.

Abdul Hadi dalam pada itu menegaskan, DAP sebuah parti yang hanya mengutamakan kaum Cina dalam politiknya tanpa peduli demografi 60 peratus orang Melayu Islam.

“Ini tidak boleh. Dengan sebab itu, kita mengambil pendekatan yang pertengahan,” jelas beliau.

Malah, katanya, DAP yang memerintah Pulau Pinang tidak mampu menyelesaikan masalah kaum di Pulau Pinang dan DAP turut mengalami pergolakan dalaman.

Justeru, katanya, DAP tidak mempunyai kekuatan yang boleh membantu PAS berbanding Parti Ikatan Bangsa Malaysia yang diketuai bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Beliau dalam pada itu mengakui PAS telah bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru atau lebih dengan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.

Abdul Hadi dalam pada itu mengulangi PAS tidak menyokong `deklarasi rakyat’ yang dilancarkan oleh Pakatan Harapan dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang pada tahun lalu. – Mynewshub.cc

Tags: Hadi Awang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peruntukan RM2 Juta Untuk Keseluruhan Siri JCM – Khairy

Next Post

Iklan Suruh Jaga Kesihatan Yang Seram Dari Thailand

Related Posts

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

Tiada Kerjasama UMNO Selagi Hadi Awang Presiden PAS

Tiada Kerjasama UMNO Selagi Hadi Awang Presiden PAS

08/07/2024
0

KUALA KANGSAR - UMNO membayangkan tidak akan bekerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti komponen...

Next Post

Iklan Suruh Jaga Kesihatan Yang Seram Dari Thailand

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd