• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nicol Waspada Cabaran Alison Di Pusingan Kedua

oleh Ahmad Albab
26/04/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David tetap berwaspada dengan ancaman yang mampu diberikan pemain ranking ke-11 dunia, Alison Waters dari England di pusingan kedua Kejohanan Wanita Dunia NAZA PSA, esok.

Terdahulu, kedua-dua pemain itu mengatasi halangan pusingan pertama masing-masing di Pusat Skuasy Nasional di sini malam tadi.

Nicol, juara bertahan yang juga pilihan kedua, terpaksa bertungkus lumus mengetepikan juara dunia 2007, Rachael Grinham dari Australia 11-4, 8-11, 8-11, 11-1, 11-2 manakala Alison menundukkan pemain muda Mesir, Heba El Torky 13-11, 11-7, 4-11, 11-7.

“Saya akan cuba fokus kepada permainan sendiri dan memastikan strategi yang tepat. Selepas itu saya mahu cepat menguasai gelanggang selain berwaspada dengan pukulan Alison,” kata juara dunia lapan kali itu selepas perlawanannya tadi.

Rekod pertemuan kedua-dua pemain itu adalah 1-1 dalam dua pertemuan terakhir mereka tahun lepas, dengan Alison menundukkan Nicol di suku akhir Kejohanan Juara-Juara di New York, Januari lepas.

Nicol, bagaimanapun, menebus kekalahan itu dengan menundukkan Alison, juga di suku akhir Terbuka Windy City di Chicago, Amerika Syarikat, sebulan selepas itu.

Mengenai perlawanan menentang Rachael, Nicol berkata ia agak sengit sehingga terpaksa bangkit memberikan yang terbaik selepas lawan itu mendahului 2-1.

“Menewaskan Rachael yang juga juara dunia dalam lima set sememangnya sesuatu yang melegakan. Anda memang sering perlu menentang bekas juara dunia di pusingan pertama dan saya gembira dapat menewaskannya,” kata Nicol.

Seorang lagi pemain negara, Delia Arnold yang turut melepasi aksi pusingan pertamanya semalam, akan berdepan tugas berat apabila perlu menentang pemain nombor enam dunia, Omneya Abdel Kawy dari Mesir di pusingan kedua esok. – BERNAMA

Tags: Nicol David
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Satu Penghormatan, Terima Kasih Malaysia” – Nicol

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - "Satu penghormatan, sangat gembira yang tidak terkata. Terima kasih Malaysia, di atas sokongan anda," ungkap Datuk Nicol...

PM Ucap Tahniah Nicol Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

02/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd