• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Dijangka Alami Masalah Air Hingga September

oleh Ahmad Albab
22/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUARAN – Malaysia dijangka mengalami masalah bekalan air sehingga September berikutan cuaca panas yang dialami sekarang diramal berterusan sehingga tempoh itu, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata walaupun cuaca panas dan kering akibat fenomena El-Nino dijangka berakhir pada Jun tetapi perubahan angin monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas akan bermula Mei hingga September.

“Perubahan angin monsun Barat Daya akan berlaku pada Mei hingga September ini, iaitu musim panas dan kering yang dialami setiap tahun. Selepas itu hingga hujung tahun barulah beralih kepada musim tengkujuh,” katanya.

Cuaca panas dan kering serta perubahan angin monsun itu akan menyebabkan takungan air di empangan seluruh negara semakin menyusut dan kritikal, katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program inovasi pendidikan di Pusat Kegiatan Guru Tamparuli, di sini hari ini.

Untuk itu, katanya operasi pembenihan awan sedang giat dijalankan dengan kerjasama agensi berkaitan bagi menghasilkan hujan di kawasan empangan termasuk di Perlis, Kedah, Perak, Johor dan Sabah.

Madius berkata operasi pembenihan awan itu akan dilakukan setiap hari sekiranya tiada masalah teknikal berlaku.

“Operasi itu dibuat bagi memastikan air di empangan mencukupi agar bekalan dapat disalurkan secara berterusan (sepanjang cuaca panas dan kering).

“Justeru, operasi itu akan diteruskan sehingga matlamat tercapai dan bekalan air di empangan berada pada paras selamat,” katanya. – BERNAMA

Tags: bekalan airEl Nino
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd