• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Rasmi Sistem Lokap Pintar Rekaan PDRM

oleh Ahmad Albab
18/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini merasmikan sistem Lokap Pintar rekaan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), yang dipamerkan pada Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2016 (DSA 2016) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Perdana menteri, yang tiba di tapak pameran DSA 2016 pada 3.35 petang, meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk mendengar taklimat dan melihat sendiri fungsi lokap berkenaan sebelum menandatangani plak perasmian sistem lokap itu.

Taklimat itu disampaikan Timbalan Pengarah III Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi PDRM, SAC Sahabudin Abdul Manan.

Sistem Lokap Pintar direka PDRM dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta dibangunkan oleh Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS).

Buat permulaan, sistem itu dipasang di lokap berpusat Balai Polis Jinjang sebagai projek perintis sebelum diperluas penggunaannya di semua balai polis di seluruh negara.

Ketua Lokap Berpusat Jinjang, ASP Edmond Wong berkata sistem itu dipasang di semua lokap di tingkat satu balai itu pada Februari lepas.

“Sistem Lokap Pintar ini dilengkapi dengan kamera yang akan merakam setiap pergerakan tahanan, dan sekiranya terdapat tingkah laku yang mencurigakan, sistem ini akan menghantar amaran awal kepada pegawai yang bertugas.

“Ini memudahkan pihak polis untuk mengambil tindakan awal dengan lebih cepat bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya kepada Bernama.

Wong berkata sistem itu juga berjaya mengoptimumkan produktiviti operasi lokap serta menjamin keselamatan setiap tahanan.

Sistem itu memenangi Anugerah Inovasi Perusahaan Asia Pasifik 2015 (Kategori Kerajaan) tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis P.Pinang Nafi KPN Arah Periksa SPRM

Next Post

Sultan Kelantan Berkenan Ziarahi Ahmad Yakob Di HUSM

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Sultan Kelantan Berkenan Ziarahi Ahmad Yakob Di HUSM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd