• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Jejaki Warisan Ditinggalkan Ayahanda 50 Tahun Dahulu

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERIAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjejaki langkah Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dengan mengunjungi Kampung Triboh dekat sini, sebuah kampung Iban yang dirasmikan oleh ayahandanya 50 tahun silam.

Pada 13 Nov 1966, Allahyarham, timbalan perdana menteri ketika itu, melawat kampung tersebut dan seterusnya kampung itu diberi nama baharu iaitu Kampung Tun Razak.

Pada ketika itu, Tun Razak melancarkan Projek Penanaman Getah (Skim B) di kawasan tersebut.

Lawatan Najib ke kampung itu Khamis ditemani Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, yang juga Anggota Parlimen Serian, dan calon Barisan Nasional (BN) Bukit Semuja, John Ilus.

Setiba di kampung itu, Najib melihat batu asas perasmian kampung itu yang mencatatkan kunjungan ayahandanya di situ.

“Pada 13 Nov 1966, satu tanggal yang mencatat sejarah di Kampung Triboh. Ayahanda saya Tun Razak telah sampai ke kampung ini. Hari ini, giliran anakandanya pula. Sejarah berulang.

“Kalau Tun Razak banyak jasa, saya pun nak meninggalkan budi dan jasa terutamanya kepada orang Sarawak yang ikhlas menyokong Barisan Nasional,” katanya di majlis ramah mesra bersama penduduk kampung itu yang terletak di Dewan Undangan Negeri Bukit Semuja dekat sini.

Dalam ucapannya, Najib berkata BN sebagai satu keluarga besar yang komited untuk terus membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat Sarawak.

“Kita mempunyai agenda sama iaitu membawa lebih banyak perubahan dan pembaharuan kepada penduduk di negeri ini. Sehubungan itu, sokongan kepada BN penting untuk meneruskan pelaksanaan projek agar ia memanfaatkan rakyat negeri ini,” katanya.

Sebagai “Apai Besai Malaysia”, Najib menyaran penduduk di negeri ini terus menyokong Apai Besai Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang terbukti dalam tempoh dua tahun sudah membawa pelbagai kemajuan di negeri ini.

“Apai Besai Malaysia sentiasa sokong Apai Besai Sarawak dengan menyalurkan lebih peruntukan bagi membangunkan negeri Sarawak berbanding pembangkang yang hanya janji dan tidak membuat apa-apa,” katanya

Pada majlis itu, Najib meluluskan permohonan ketua kampung Triboh, Albert Moni Igang untuk menambahbaik Dewan Panglima Kalin di kampung itu, antara dewan yang tertua di daerah ini. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Teksi Biadap, Berlagak Hero Serang Grabcar

Next Post

Guru Pakai Kostum Disney Beri Semangat Kepada Murid Autisme

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

Guru Pakai Kostum Disney Beri Semangat Kepada Murid Autisme

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd