• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MT UMNO Berhak Suara Isu Pemecatan Muhyiddin Dan Mukhriz

oleh Ahmad Albab
30/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhak menyuarakan pandangan dan mengemukakan usul pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada UMNO pada mesyuarat MT akan datang.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pandangan berkenaan juga selaras dengan rasa hormat pemimpin MT terhadap kepimpinan institusi UMNO yang menerima pelbagai tohmahan dan fitnah yang menjejas reputasi parti itu.

“Sebagai contoh, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempunyai hak dan pandangan beliau sebagai MT.

“Apa sahaja hasrat yang hendak dibawa beliau (Nazri) tidak ada siapa yang boleh menghalang.

“Sekiranya ada anggota MT lain yang turut ingin mengemukakan usul sama, maka kita akan lihat keputusannya pada mesyuarat MT akan datang,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kebajikan Parlimen kawasan Masjid Tanah di Kampung Pulau di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nazri semalam yang berhasrat untuk mengemukakan usul pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz daripada UMNO pada mesyuarat MT parti itu yang dijadualkan diadakan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.

Terdahulu, beliau mengiring Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza untuk menyampaikan sumbangan makanan dan alat sokongan kesihatan kepada 60 anak yatim, warga emas dan golongan kurang berkemampuan di parlimen kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga Ketua UMNO bahagian Masjid Tanah berkata semua pihak terutama ahli UMNO diminta menghormati institusi UMNO di semua peringkat kepimpinan termasuk Presiden UMNO dan anggota MT.

“Walau apa jua kemelut yang melanda UMNO, ahli haruslah memberikan taat setia kepada parti dan kepimpinan parti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keychain Ada Alat Pengesan, Dijual Sindiket Perompak?

Next Post

Adenan Sedia Timbang Lanjut Tempoh Tinggal Azmin, Lim

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

Next Post

Adenan Sedia Timbang Lanjut Tempoh Tinggal Azmin, Lim

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd