• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Sekali Lagi Undang Shabudin ‘Minum Kopi’ Esok

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Lim Guan Eng sekali lagi mengundang Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Datuk Shabudin Yahaya bersemuka bagi menjelaskan cadangan pembinaan rumah kedai di tanah Kampung Tok Keramat, Seberang Perai Selatan.

Katanya beliau akan menunggu kedatangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu di tingkat 52 Komtar, pukul 11 pagi esok.

Menurutnya kenyataan Shabudin bahawa tanah itu dijual pada harga di bawah pasaran dengan syarat pemaju membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik adalah tidak benar.

“Ini berikutan pemaju telah mengemukakan permohonan cadangan pembinaan 27 lot rumah kedai di tanah itu kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 28 Mac lepas … pelan yang dibentangkan pada 28 Mac 2016 adalah untuk 27 buah rumah kedai sahaja … tidak ada rumah.

“Saya akan tunjuk (pelan) pada Shabudin esok. Saya harap dia boleh datang,” katanya pada pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Shabudin dalam sidang akhbar berkata PERDA menjual tanah itu pada harga RM1.42 juta dengan meletakkan syarat kepada pemaju membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik berharga antara RM42,000 dan RM72,000.

Lim sebelum ini berkata mengikut penilaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), nilai keseluruhan tanah seluas 3.4 hektar adalah RM16.6 juta.

Sementara itu, Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo yang turut hadir pada sidang akhbar itu membidas kenyataan Shabudin bahawa kerajaan negeri tidak ikhlas dalam membantu PERDA membangunkan perumahan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata pihaknya telah meminta PERDA menyemak semula harga siling unit perumahan dalam setiap projek yang dimohon berikutan semakan mendapati ada unit perumahan yang dicadangkan melebihi harga siling seperti ditetapkan dalam garis panduan Perumahan Mampu Milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu RM250,000 di bahagian Seberang Perai dan RM400,000 di bahagian pulau.

Jagdeep berkata daripada tujuh permohonan yang dibuat oleh PERDA, isu harga empat permohonan telah diselesaikan manakala dua ditangguh sementara menunggu laporan status tanah dan satu permohonan ditarik balik. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngPERDA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPT Kaji Tambah Baik BB1M Elak Salah Guna

Next Post

Kali Pertama Warga AS Jadi Ninja Profesional Kerajaan Jepun

Related Posts

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Next Post

Kali Pertama Warga AS Jadi Ninja Profesional Kerajaan Jepun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd