• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lanun Culik 4 Rakyat Malaysia Di Perairan Sabah

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Empat rakyat Malaysia diculik oleh lapan lanun bersenjata di perairan Semporna, Sabah ketika dalam pelayaran balik dari Filipina ke Malaysia, pukul 7 malam semalam.

Ketua Polis Miri ACP Junaidi Bujang berkata keempat-empat lelaki berumur 21 hingga 34 tahun itu bertugas di sebuah kapal didaftarkan atas nama ‘Masfive 6’ dan ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila, Filipina.

“Kejadian berlaku berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah. Kapal yang digunakan untuk membawa kayu balak semasa kejadian tidak membawa sebarang muatan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Junaidi berkata empat lelaki tersebut berasal dari Sibu, bagaimanapun identiti mereka belum dapat didedahkan untuk mengelak rasa panik anggota keluarga.

Beliau berkata identiti penculik juga belum dikenal pasti dan dikatakan mangsa dibawa lari menggunakan bot laju.

Junaidi berkata laporan polis dibuat oleh pengurus pentadbiran syarikat perkapalan tersebut di Balai Polis Pusat Miri malam semalam dan salinan laporan polis itu telah difaksimili ke bilik gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Sabah untuk tindakan susulan.

“Pengurus pentadbiran berusia 35 tahun yang menetap di sini membuat laporan polis setelah menerima panggilan telefon daripada rakan setugas dari Sabah memaklumkan mengenai penculikan itu,” katanya.

Beliau berkata pengurus itu akan ke Sabah secepat mungkin bagi mendapatkan situasi sebenar kes penculikan tersebut. – BERNAMA

Tags: kes culikLanun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

29/09/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd