• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LADA Bangga Penglibatan Sekolah Dalam Program Geopark

oleh Ahmad Albab
23/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bangga dengan penglibatan sekolah dalam program Geopark yang menjadi antara tarikan pelancong di pulau legenda itu tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid Ramli berkata sebanyak 29 sekolah di seluruh Langkawi yang melibatkan sekolah menengah dan rendah menyertai program itu dengan menubuhkan ‘Kelab Geopark’ masing-masing.

“Usaha membabitkan pelajar sekolah dalam program Geopark adalah bagi menyemarakkan aktiviti pelancongan di pulau ini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang (A-KAWI) 2016 dan Pelancaran Kelab Geopark di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, malam tadi.

Seramai 147 pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2015 menerima anugerah cemerlang yang disumbangkan LADA.

Beliau berkata, program Geopark yang dianjur Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) kini menjadi pengiktirafan yang membanggakan kepada sekolah.

Mengenai penganugerahan pelajar cemerlang yang dianjurkan LADA dan Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi itu, beliau berkata majlis berkenaan diadakan sebagai pengiktirafan kepada pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tahun lepas. – BERNAMA

Tags: LADALangkawi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

19/01/2025
0

Langkawi : Permukiman Menteri Luar Asean (AMM) yang diadakan di Langkawi, Kedah melabuhkan tirai dengan jayanya hari ini, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd