• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontroversi Antara TMJ Dan KJ Berakhir?

oleh AK-47
27/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengadap pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Johor hari ini bagi membincangkan tentang pembangunan sukan bola sepak Malaysia.

Pertemuan itu menimbulkan tanda tanya ramai pihak mengenai cabaran debat oleh Tunku Ismail ke atas Khairy Jamaluddin sebelum ini gara-gara tindakan Menteri Belia dan Sukan itu mengkritik mutu pemain tempatan dan cabaran berkenaan disahut oleh Khairy Jamaluddin.

Laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST) hari ini melaporkan, Menteri Belia dan Sukan mengadap Tunku Ismail bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan bola sepak tanahair.

“Khairy turut dibawa melihat fasiliti dan kemudahan yang dimiliki oleh kelab bola sepak JDT seperti pusat latihan, gimnasium serta padang tertutup di Padang Seri Gelam,” lapor JST hari ini.

Tunku Ismail dalam laman Facebook sama bagi mengulas pertemuan itu bertitah, baginda mengucapkan tahniah kepada Khairy Jamaluddin di atas usaha dan kerja keras beliau untuk sukan dan belia di negara ini.

Titah baginda, pertemuan itu membolehkan Khairy Jamaluddin mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan sukan bola sepak terutama projek JDT serta program-program belia yang saya inginkan di Johor.

“Perjumpaan ini amat positif dimana kami dapat duduk semeja, membincangkan hala tuju, berkongsi pendapat dan mendapat jalan penyelesaian untuk memperbaiki bola sepak tanahair dan juga program yang melibatkan belia,” titah baginda.

Tunku Ismail sebelum ini mencabar beberapa individu penting dalam bola sepak negara untuk mengadakan perdebatan termasuk secara langsung di televisyen berkaitan isu kemerosotan sukan utama itu.

Antara individu yang disenaraikannya termasuk Menteri Belia dan Sukan, wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM); jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee; Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM), B Sathianathan.

Khairy menyahut baik cabaran Tunku Ismail untuk berbahas mengenai perkara itu dan menyifatkan langkah berkenaan perlu bagi menunjukkan komitmennya selaku menteri bertanggungjawab.-MYNEWSHUB.CC

Tags: Khairy JamaluddinTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Suasana penuh meriah menyelubungi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana Johor apabila kira-kira 25,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd