• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Kicap 100 Tahun Penuh Najis Kucing, Tikus Di Lantai

oleh
08/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sebuah kilang kicap tempatan terkenal yang berusia 100 tahun diarahkan menghentikan operasinya apabila didapati kotor dan menjalankan operasi tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ong Ah Teong ketika ditemui pemberita berkata, pada mulanya kilang itu hanya diserbu bagi pemeriksaan operasi pelepasan asap.

Ia berikutan pihak berkuasa tempatan itu banyak menerima aduan mengenai pencemaran udara daripada penduduk yang menetap di sekitar kawasan kilang berhubung perkara tersebut sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, penduduk yang tinggal di sekitar kilang yang terletak di Jalan C Y Choy itu membuat aduan kerana tidak tahan lagi dengan bau kuat asap kayu yang sering dilepaskan dari serombong kilang berkenaan.

“Kita menerima aduan dari penduduk mengatakan kilang kicap ini melepaskan asap kayu yang tebal setiap hari bermula dai jam 6 hingga 10 pagi. Ia menyebabkan penduduk di situ mengalami masalah pernafasan teruk.

“Oleh demikian, kita bersama-sama dengan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dan Bahagian Pelesenan MBPP membuat pemeriksaan secara mengejut di dalam kilang berkenaan.

“Kita mendapati memang benar kilang ini melepaskan asap tebal tidak mengikut spesifikasi ditetapkan. Justeru, kita mengeluarkan kompaun RM100 kerana tidak menyediakan peralatan sesuai untuk melepaskan asap.

“Selain itu, kita juga memberi notis selama dua minggu untuk pemilik kilang menambah baik cara pelepasan asap bagi mengelakkan masalah kepada penduduk sekitar,” katanya selepas pemeriksaan di kilang kicap berkenaan.

kicap1
Gambar hiasan

Kilang Kicap Thin Seng itu menyambut ulang tahun ke-100 pada 2012 lalu dengan proses pembuatan kicap dibina sendiri oleh moyang pemiliknya yang juga pencipta sebenar resipi utama kicap secara tradisional.

Perniagaan sos kicap tradisional Cina itu meliputi kawasan kilang seluas 14,021 kaki persegi dan ia sudah beroperasi sejak 1912 dengan kini dikendalikan pula oleh generasi keempat pemiliknya, Yee Saik Choon.

Kicap tradisional keluarga ini pernah terletak di Kampung Malabar di sini ketika awal pembukaannya pada 1900 sehingga ia pernah dieksport ke Indonesia serta diedarkan ke Sabah dan Sarawak menggunakan kapal laut.

Produk kicap berkenaan dihantar dalam jumlah yang banyak dan diletakkan dalam tong saiz besar, bukannya diisi dalam botol seperti sekarang namun kini hanya dipasarkan ke kedai-kedai makan selain juga kedai bar

Paling memeranjatkan mereka, selain kesalahan berkenaan asap, kilang tersebut juga didapati gagal memastikan persekitaran dan alat yang digunakan untuk pemprosesan produk makanan berada dalam keadaan bersih.

“Setelah diperiksa dengan teliti oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, kita mendapati keadaan kilang ini sangat kotor apabila sekitar tempat meletak bungkusan garam didapati ada mengandungi najis kucing dan tikus.

“Selain itu, kita juga menjumpai beberapa ekor lipas selain najis tikus, najis lipas dan najis kucing di lantai bangunan di mana proses penghasilan kicap ini sering dijalankan pihak kilang sendiri,” ujar Ah Teong.

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluarkan notis pemberhentian operasi sementara bagi memastikan kilang kicap ini benar-benar bersih dan akan membuat pemeriksaan susulan selama dua minggu.

Tindakan penutupan kilang berusia satu abad tersebut, jelas Ah Teong adalah bagi memastikan pemiliknya mematuhi arahan seperti yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kicapnajis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ahli Gusti Wanita Jual Gambar Najis Jana Pendapatan

10/02/2019
0

BEKAS bintang WWE dan model alternatif, Shotzi Blackheart atau nama sebenarnya Ashley Urbanski menawarkan peluang kepada peminatnya di media sosial...

Hospital Gantung Kajian, Terima Banyak Derma Najis

24/11/2018
0

PARIS - Hospital di ibu kota Perancis yang merayu sumbangan contoh najis untuk tujuan mengkaji penyakit usus berkata ia sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd