• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keychain Ada Alat Pengesan, Dijual Sindiket Perompak?

oleh AK-47
30/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini tersebar amaran meminta orang ramai supaya berhati-hati apabila dihampiri penjual  rantai kunci di tempat awam seperti stesen minyak dan bank, kerana ia didakwa memiliki alat pengesan yang boleh membuatkan pemiliknya menjadi mangsa jenayah.

Amaran tersebut dimuat naik dalam satu status Facebook pada Selasa lalu dan menjadi viral hingga mendapat perkongsian lebih 10,000 kali selain dipanjangkan menerusi status WhatsApp.

Kisah rantai kunci dijual di Malaysia mempunyai alat pengesan untuk tujuan jenayah rompak kereta dan rumah ini, turut disiarkan di portal Singapura kerana sindiket berkenaan dikatakan telah mula memasuki negara jiran itu, antaranya di Woodlands, Toa Payoh dan sekitar Ang Mo Kio.

Keychain Ada Alat Pengesan, Pembeli Mungkin Jadi Target Perompak?

Dipercayai ramai yang mempercayai amaran tersebut kerana ia kononnya telah mendapat pengesahan pihak polis di Malaysia.

Bagaimanapun Channel News Asia melaporkan, berita yang  tersebar ini sebenarnya palsu malah ianya sudah mula bertebaran di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan Kenya sejak tahun 2008 lagi.

Di Afrika Selatan, berita palsu ini bermula daripada rantai kunci yang bersinar menggunakan tenaga solar dan diedarkan secara percuma oleh stesen minyak Caltex.

Rantai kunci yang diedarkan percuma di Afrika Selatan ini juga pernah disebarkan dipasang dengan alat pengesan.
Rantai kunci yang diedarkan percuma di Afrika Selatan ini juga pernah disebarkan dipasang dengan alat pengesan.

Manakala rantai kunci yang dimomokkan di sekitar Malaysia dan Singapura pula,  sebenarnya adalah rantai kunci anti-hilang menggunakan bluetooth yang biasa dijual di laman e-commerce.

Sehubungan itu, kes rantai kunci kononnya ada alat pengesan yang boleh menakutkan orang ramai ini, dipercayai tidak wujud sebaliknya cuma berita palsu yang dikitar semula individu tertentu yang tidak kerja lebih berfaedah mahu dibuat.

Selagi tidak ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa, berita yang belum tentu sahih tidak sepatutnya disebarkan kerana ia boleh mencetus perasaan risau dalam kalangan masyarakat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: berita palsurantai kunci
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

‘Elaun Madani’ Tidak Betul, Palsu – MOF

‘Elaun Madani’ Tidak Betul, Palsu – MOF

26/07/2023
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kewangan menafikan 'Elaun Madani' akan diperkenalkan kepada semua kakitangan awam. Ikuti Mynewshub: Telegram Kementerian itu dalam satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd