• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rebut Beli Tudung, Keselesaan Pengguna Mesti Diutama – PPIM

oleh AK-47
04/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Keselesaan pengguna perlu sentiasa diutamakan oleh pengusaha perniagaan bagi melindungi hak pelanggan yang membeli produk jualan mereka.

Perkara ini ditegaskan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.

“Hak pengguna mesti sentiasa diberi keutamaan. Saya menyeru semua peniaga memberi layanan terbaik yang bersesuaian dengan konsep perniagaan selagi tidak melanggar etika dan bercampur gaul secara tidak munasabah,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.

datuk nadzm
Datuk Nadzim Johan

Nadzim diminta mengulas video viral, memaparkan pelanggan lelaki dan perempuan terpaksa berasak-asak untuk mendapatkan nombor giliran bagi membeli koleksi terbaharu sebuah jenama tudung popular.

Video: Berebut Beli Tudung, Dahsyatnya Lelaki Pun Turut Serta

“Pemilik (perniagaan) perlulah adakan sistem nombor giliran yang sistematik, contohnya minta pelanggan daftar terlebih dahulu menerusi laman web demi atasi masalah kesesakan sebegini.

“Selain itu asingkan pelanggan ikut jantina, yang lelaki satu barisan yang perempuan satu barisan supaya tak bercampur.

“Peniaga dan pelanggan perlu jaga kepentingan dan hak masing-masing dalam melakukan aktiviti jual beli. Tolak menolak tidak sepatutnya berlaku, pastikan keadaan sentiasa terkawal,” ujarnya.

Video pelanggan bersesak dan saling tolak-menolak tanpa mengira jantina di depan sebuah butik tudung di Bangi kelmarin, mendapat perhatian ramai sehinggakan ada yang menghentam pemilik butik tersebut yang dianggap tidak ambil tindakan sewajarnya sebelum dan ketika kejadian berlaku bagi mengatasi masalah tersebut.

Aksi Mawar Fareeda Ketika Pelanggan Berebut Undang Kritikan

Antara yang memberi komen adalah selebriti Wardina Saffiyah yang menyatakan kekesalannya atas sikap pengusaha hijab yang seakan-seakan bangga apabila ‘lautan’ manusia di hadapan butiknya saling menjerit dan berebut, hingga disifatkan melayan pelanggannya itu seperti lembu.

Wardina Tegur Usahawan Tudung Layan Pelanggan Macam Lembu

Sebelum ini pelanggan dilaporkan pernah juga tidur di kaki lima butik semata-mata mahu mengejar koleksi terhad tudung jenama berkenaan, yang akan dijual pada keesokan harinya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: penggunaPPIMviral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

01/01/2025
0

PUTRAJAYA: Empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama telah mengorak langkah ke arah pematuhan kawal selia dengan memohon...

‘Pengguna Bijak Terpedaya Tidak’

‘Pengguna Bijak Terpedaya Tidak’

11/09/2022
0

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyatakan `pengguna bijak terpedaya tidak'. Sebaris ayat yang amat tepat dan berpatutan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd