• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Culik: Polis masih Belum Terima Maklumat Tuntutan Tebusan – KPN

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis belum menerima maklumat tuntutan tebusan daripada kumpulan bersenjata yang menculik empat rakyat Malaysia di perairan Ligitan, Sabah petang semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih mengesan sama ada penculikan berkenaan melibatkan jenayah rentas sempadan atau tidak.

“Kita masih menyiasat sekiranya penculikan itu mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mengulas mengenai keselamatan di perairan Sabah, beliau berkata kawasan perairan di sempadan selatan Filipina dan pantai timur Sabah adalah tidak selamat.

Justeru, beliau mencadangkan supaya segala bentuk bantuan, hubungan perniagaan serta pembekalan barang keperluan ke Selatan Filipina dari Sabah digantung serta-merta bagi tujuan keselamatan.

Katanya, kegiatan berkenaan menyukarkan pasukan keselamatan melakukan pemantauan menyeluruh.

Kira-kira pukul 6.15 petang semalam, empat rakyat Malaysia yang bertugas di sebuah kapal didaftarkan atas nama ‘Masfive 6’ diculik lapan lelaki bersenjata ketika dalam pelayaran balik dari Filipina ke Malaysia.

Keempat-empat lelaki berumur 21 hingga 34 tahun itu dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila, Filipina.

Empat lelaki berasal dari Sibu, Sarawak itu ialah Wong Teck Kang, 31, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29, dan Johny Lau Jung Hien, 21.

Pengurus pentadbiran syarikat perkapalan tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri, Sarawak semalam setelah menerima panggilan telefon daripada rakan setugas memaklumkan mengenai penculikan itu.

Salinan laporan polis itu difaksimili ke bilik gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Sabah untuk tindakan susulan dan pagi tadi, polis Sabah mengesahkan mengenai kejadian itu. – BERNAMA

Tags: kes culikkhalid abu bakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

29/09/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd