• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Tamak, Unit PPR Disewa Kepada Warga Asing

oleh Ahmad Albab
19/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sikap tamak dan ingin mengaut keuntungan segera dilihat antara faktor menyebabkan ada sesetengah penyewa sanggup menyewakan kediaman mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PA) kepada warga asing.

Difahamkan, penyewa terbabit menyewakan rumah yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada warga asing dengan kadar sewa antara RM300 hingga RM500 seorang sebulan.

Setiausaha Blok B PPR Intan Baiduri, Abdul Rahman Abdul Razak mengakui kehadiran warga asing di sekitar kediamannya adalah disebabkan mereka kini menetap di PPR itu.

Beliau yang telah mendiami PPR Intan Baiduri, di sini lebih lima tahun berkata bilangan warga asing yang berkeliaran di kawasan PPR itu kini semakin ramai, sehingga me-nim-bulkan- rasa kurang senang penyewa lain.

Beliau menyifatkan tindakan penyewa menyewakan unit PPR kepada warga asing adalah tidak adil dan tamak.

Ini kerana, bagi Abdul Rahman, ramai lagi golongan yang susah yang memerlukan rumah di kawasan ibu kota sedang menanti giliran mereka.

“Ada ke patut kerajaan bantu kita, kita ambil kesempatan ini, untuk cari duit… mereka ini untung atas angin jer, sewa baru RM124 tetapi sewakan dekat orang asing sampai RM1,000 seunit,” katanya.

Sementara itu, Hidayah Mohammad, 29, yang menetap di PPR Kampung Baru Air Panas, di sini berpendapat bahawa mereka yang sanggup menyewakan unit kepada orang lain sebenarnya tidak layak menerima unit terbabit.

Bagi Hidayah, sudah pasti unit yang disewa itu tidak diduduki oleh penyewa asal sebaliknya mempunyai kediaman lain.

“Kalau unit dia orang pun dia orang dah sewa, mesti dia orang dah ada rumah lain, tak kan dia orang nak duduk dekat rumah yang disewa warga asing.

“Kemudahan untuk rakyat Malaysia bukan untuk warga asing, semua ini sebab sifat tamak,” katanya.

Seorang lagi penghuni Sofian Said, 44, yang menetap di PPR Intan Baiduri menyeru agar pihak DBKL memperbanyakkan operasi menjejak unit rumah yang telah disewa kepada warga asing dan merampas kembali unit itu untuk diserahkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Projek-projek perumahan itu yang tujuan asalnya untuk menyediakan kediaman bagi rakyat yang kurang berkemampuan di tengah-tengah- kepesatan pembangunan ibu negara, adalah selari dengan slogan 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

PPR dan PA yang dikendalikan DBKL itu disewakan pada kadar serendah RM94 sehingga RM124 sebulan yang merupakan antara yang termurah di Kuala Lumpur.

Selain itu pelbagai kemudahan turut disediakan termasuk surau, dewan serba guna, gelanggang futsal, Klinik 1Malaysia, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya untuk keselesaan penghuni. – BERNAMA

Tags: PPRwarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Lahir Tanpa Rahim Dan Pangkal Rahim

Next Post

Shazia Maafkan Aweera, Enggan Kembali Bersama

Related Posts

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post

Shazia Maafkan Aweera, Enggan Kembali Bersama

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd