• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Isteri PM Singapura Muat Naik Foto Monyet Biadap

oleh
12/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Selepas teruk dikritik rakyat kerana melebih-lebihkan ulang tahun pertama kematian bapanya iaitu negarawan Singapura, Lee Kuan Yew, bulan lalu, kali ini satu lagi kontroversi melanda keluarga berkenaan.

Ho Ching, isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, terpaksa meminta maaf secara terbuka susulan kontroversi terbaharu yang timbul akibat termuat naik foto biadap menerusi laman Facebook miliknya sendiri.

Menulis melalui Facebook pada 11 April, Ho yang merupakan isteri Hsien Loong sejak 1985 menyatakan bahawa konon dia tidak pernah bermaksud menyiakan foto seekor monyet yang sedang mengacu jari ala samseng.

“Saya sedang mencuba sejumlah perkara dalam laman Twitter, melihat apa yang boleh dilakukan dengan media sosial ini, saya baru sedar bahawa rupa-rupanya Twitter dapat mengirim foto tanpa ada keterangan gambar.

“Ia sangat dikesalkan apabila foto yang saya muat naik itu menimbulkan salah faham,” tulis Ho sambil mendakwa akaun Twitter beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings bersambung dengan akaun Facebook.

Temasek Holdings Private Limited yang diasaskan pada 1974 merupakan sayap pelaburan kerajaan Singapura, seumpama juga Khazanah Nasional Berhad dan 1Malaysia Development Berhad di negara jirannya, Malaysia.

ho-ching-monkey-fb
Foto kontroversi dimuat naik Ho Ching disifatkan netizen Singapura sebagai menyindir adik iparnya, Dr. Lee Wei Ling.

Ho, 63; yang menjadi peneraju Temasek Holdings sejak 2004 menyatakan konon dia baharu menyedar perkara itu setelah seorang temannya kemudian memberitahunya sebelum segera menghapuskan foto kontroversi tersebut.

Penyiaran gambar monyet itu langsung menggemparkan netizen negara ‘kota singa’ yang menyifatkan situasi tersebut sebagai bahasa simbol ‘ketidaksenangan’ Ho terhadap adik iparnya, Dr. Lee Wei Ling baru-baru ini.

Ada juga yang mengertikan bahawa ‘konflik keluarga’ Lee semakin buruk dengan foto itu. Rakyat Singapura beberapa hari ini dikejutkan oleh ketegangan antara Hsien Loong dengan adik kandung perempuannya, Wei Ling.

Doktor tersebut mengakui dia memang sedang berselisih pendapat dengan abangnya itu mengenai bagaimana cara keluarga mereka memperingati ulang tahun pertama kematian bapa mereka, Kuan Yew diraikan agak keterlaluan.

Wei Ling menuduh abangnya tidak memiliki ‘keraguan’ sedikitpun untuk menganjurkan acara peringatan rasmi hanya setahun setelah pemergian ayah dengan tujuan untuk membentuk sebuah dinasti Lee di negara kota itu.

lee
Lee Hsien Loong (tengah) dan isteri, Ho Ching meletakkan kalungan bunga sempena setahun pemergian negarawan Lee Kuan Yew.

“Jika kekuasaan yang dimiliki dipakai untuk membina dinasti, puteri Kuan Yew tidak akan membiarkan nama bapa dinodai oleh puteranya yang ‘membangkang’,” tulis wanita itu yang merupakan doktor pakar bedah saraf.

Hsien Loong, 64; yang menjadi perdana menteri sejak 2004 dilaporkan media telah membantah tohmahan adiknya itu dan mengungkapkan kesedihannya terhadap tuduhan yang menurut beliau sebagai tidak benar.

Nama Wei Ling mula menjadi popular khasnya dalam kalangan penyokong pembangkang kerana sanggup menjadi pengkritik ‘pedas’ sejumlah acara ceremonial yang diadakan konon demi mengenang setahun kematian Kuan Yew.

Negarawan tersebut meninggal dunia 23 Mac 2015. Wei Ling malah secara terbuka menyatakan bahawa ayahnya pasti akan ‘menangis’ jika mengetahui dirinya dipuja-puji anaknya sendiri dengan cara yang terlalu berlebihan.

Ho juga cuba mereda ketegangan menuliskan bahawa dia dapat memahami sejumlah pihak yang lebih memilih mengenang bapa mertuanya itu dengan cara yang tidak terlalu menampilkan emosi secara amat keterlaluan.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Lee Kuan YewSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PLKN 2.0 Mampu Lahirkan Generasi Muda Berkemahiran Teknikal

Next Post

Adenan Umum 11 Lagi Calon BN Sarawak, Termasuk Tiga Calon Langsung

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

Adenan Umum 11 Lagi Calon BN Sarawak, Termasuk Tiga Calon Langsung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd