• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Tuntut Cerai Kerana Suami Terlalu Kacak

oleh
09/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Seorang wanita Mesir dilaporkan mahu menuntut cerai gara-gara wajah suaminya yang terlalu kacak, menurut laporan portal berita popular tempatan Emirates 247.

Anehnya, wanita tempatan itu mendakwa bahawa konon hidup berumah tangga bersama-sama dengan suaminya tersebut selama ini telah membuatkan dirinya berasa lebih teruk sengsara.

Dia dan suaminya yang merupakan seorang doktor dilaporkan sudahpun berkahwin selama tiga tahun namun portal itu tidak pula mendedahkan lokasi sebenar pasangan ini menetap.

Menurut wanita tersebut lagi yang tidak didedahkan identitinya, dia tidak dapat mempercayai suaminya malah sentiasa mempunyai perasaan amat cemburu pada tahap tertinggi.

Dia bimbang suaminya mungkin menjalinkan hubungan sulit disebabkan wajahnya yang begitu kacak khasnya dengan jururawat muda atau pesakit wanita yang belum lagi berkahwin.

Bahkan, dia mendakwa, ramai remaja wanita termasuk di luar kawasan hospital juga dikatakan sering ‘mencuri’ pandang terhadap wajah kacak suaminya itu, menurut Emirates 247.

doktor
Gambar hiasan

Kisah pelik dialami oleh wanita Mesir itu kini menjadi viral di lelaman media sosial tempatan waima ada mendakwa ceritanya tersebut sebagai tidak masuk akal atau cuma syok sendiri.

Pada masa sama, ramai wanita lain khasnya para isteri yang amat bersetuju dengan keputusan nekad dibuat olehnya itu sambil berkata ia adalah keputusan bijak, tambah Emirates 247.

Seorang pengguna internet, Laila, berkata daripada meneruskan kehidupan dalam keadaan sengsara dan sering berdepan dengan tekanan, lebih baik wanita itu dan suaminya segera berpisah.

Tidak dapat dipastikan sama ada netizen wanita yang begitu galak memintanya bercerai mungkin ada pula niat lain untuk mengahwini lelaki kacak tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Juruterbang Kacak China Digantung Tugas Kerana Cuai

Juga: Polis ‘Ganteng’ Buru Teroris Di Jakarta Jadi Sensasi

Lagi: Aktor Kacak Saudi Ditahan Dek Selfie Dengan Peminat

Dan: Ramai Terkejut Abang Kacak Jual Donut Cuma 10 Sen

Tags: jururawatkacakMesir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

27/08/2025
0

ISKANDARIAH: Pihak berkuasa Mesir pada Khamis lalu mengumumkan penemuan bahagian kota purba yang tenggelam di perairan Iskandariah, termasuk serpihan bangunan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd