SEORANG pelancong dari Singapura melalui pengalaman yang pahit ketika berada di Malaysia apabila iPhone 6S miliknya dicuri oleh penyeluk saku ketika berada dalam sebuah butik fesyen terkenal di KLCC, pada Sabtu lalu.
Claire mendakwa ketika kejadian dia sedang melihat beberapa koleksi pakaian ZARA sambil memegang telefon bimbitnya sebelum menyimpannya dalam beg yang juga berzip kerana mahu mencuba pakaian dalam bilik persalinan.
Bagaimanapun, selepas mahu mencuba pakaian yang kedua di bilik persalinan, wanita ini menyedari sesuatu yang aneh apabila melihat zipnya terbuka sebelum mengetahui iPhone 6 warna merah jambu miliknya telah hilang.

Akibat panik dengan kehilangan itu, Claire kemudian memaklumkan kepada juru jual butik terkenal.
Bagaimanapun, apa yang lebih mengecewakan kakitangan kedai tersebut langsung tidak mahu membantu waima memberi rasa simpati terhadap insiden tersebut.
“Saya kecewa dan kehilangan sabar dengan tahap keselamatan ZARA @ KLCC yang langsung tiada langkah pencegahan dalam membendung hal tersebut.
‘Kira-kira jam 1.30 hingga 2 petang, iPhone 6 saya telah dicuri oleh penyeluk saku wanita yang saya percaya merupakan sindidet profesional antarabangsa.
“Ketika meminta bantu daripada kakitangan kedai di bilik persalinan, mereka langsung tidak mengendahkan sebaliknya menyuruh saya ke kaunter untuk mendapatkan bantuan.
“Tidak ada simpati mahupun kebimbangan mahupun mana-mana bertindak segera dengan perkara itu. Kemudian, saya pergi ke kaunter dan meminta bantuan.
“Apa yang mengejutkan saya, ketika memaklumkan kakitangan kaunter bahawa telefon bimbit saya telah hilang, jawapan yang saya dapat ialah, ‘Oh, anda juga kehilangan telefon anda?
“Saya bertanya apa yang dia maksudkan dengan ‘juga kehilangan telefon saya dan dia menyebut bahawa wanita lain juga melaporkan kehilangan telefon hanya tiga hingga lima minit yang lalu,” katanya kepada Stomp.
Dalam pada itu, Claire memberitahu dia turut meminta kakitangan tersebut mencari telefonnya namun jawapan yang diberi oleh mereka amat menghampakan dan hanya mencadangkan untuk membuat laporan kepada pusat beli-belah itu dan balai polis berdekatan.
Katanya, ketika itu dia berseorangan untuk membeli-belah.
Setelah selesai membuat laporan polis, Claire memberitahu ada melihat video CCTV yang menunjukkan ada dua wanita sedang mengikutinya di sekitar kedai.
Susulan itu, Claire ada teringat terdapat dua wanita yang bercakap bahasa Korea ada berdekatan dengannya ketika dia sedang membeli-belah.
Oleh itu, Claire mengingatkan agar penggunjung lain juga berhati-hati ketika berkunjung ke KLCC dan berharap pihak berkuasa Malaysia segera membenteras jenayah ini.
Difahamkan, kejadian telefon dicuri dikatakan acap kali berlaku di pusat beli-belah tersebut. Namun, sampai sudah, tiada tanda-tanda bakal berakhir. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Stomp

