• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Hina Sangat Ke Berkulit Hitam?’ – Lelaki Ini Bengang Orang Rasis

oleh AK-47
29/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REALITINYA yang putih itu memang nampak cantik, akan tetapi hitam itu juga ada manisnya.

Dalam pada itu, kita sememangnya tidak dapat lari dengan hakikat bahawa manusia itu ada mempunyai sifat pilih kasih.

Bagaimanapun, sifat pilih kasih yang ada dalam naluri manusia ini juga boleh membawa kepada keburukan apabila ada segelintir manusia yang mula berdiskriminasi secara langsung atau tidak langsung sekaligus membawa penganiayaan kepada individu lain.

Antara diskriminasi yang acap kali berlaku, adalah bersifat perkauman.

Sebagai contoh, kisah mengenai seorang wanita berkulit hitam berbangsa Afrika yang ingin mendapatkan khidmat teksi ini.

Hina Sangat Ke Orang Kulit Gelap Ni?

 

Dek kerana bangsa dan kulitnya yang gelap, dia langsung tidak diendahkan oleh pemandu teksi waima mendapat belas kasihan.

Kisah ini diceritakan oleh seorang lelaki yang secara kebetulan bersama rakannya yang turut sama menunggu teksi.

Hina Sangat Ke Orang Kulit Gelap Ni?

Menurut lelaki tersebut, wanita tersebut sedang menunggu teksi sambil memikul sesuatu yang berat pada badannya dalam keadaan hujan renyai.

“Teksi tu menghala ke arah aku dan kawan aku. Driver teksi tu buat tak tahu sahaja pada wanita Afrika yang melambai-lambai.

“Aku tunjuk isyarat pada wanita itu.. ‘Kau naiklah dulu kak,’ Tapi driver dalam teksi itu buat isyarat no, no, pastu terus masuk gear berambus ke depan,” katanya.

Tambahnya lagi, wanita itu memandangnya dengan senyuman dan reaksi wajah wanita itu juga dilihat seakan-akan sudah biasa dengan kejadian seumpama itu.

Lelaki itu turut meluahkan rasa bengangnya terhadap individu yang mendiskriminasi terhadap kaum berkulit gelap apabila melihat wanita itu ditindas.

“Adakah yang berkulit gelap itu sesuatu yang hina?” soalnya.

Makanya, jauhilah diskriminasi dan hormat-menghormatilah kaum yang lain. – MYNEWSHUB.CC

Tags: isu rasisKulit hitammasyarakat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Rakan Sekerja Maut Dalam Kemalangan

Next Post

Nubhan Doa Mohon Diberi Cahaya Mata Saat Tunai Umrah

Related Posts

Anwar Arah Menteri Pendidikan Siasat Isu Buli, Rasis Di Sekolah

Anwar Arah Menteri Pendidikan Siasat Isu Buli, Rasis Di Sekolah

11/12/2022
0

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengarahkan Kementerian Pendidikan menyiasat isu buli dan rasis melibatkan seorang...

LHDNM Terus Cakna Bantu Masyarakat

LHDNM Terus Cakna Bantu Masyarakat

23/07/2022
0

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) baru-baru ini menyampaikan bantuan menerusi program Hasil Kasih Prihatin 2022 kepada Sekolah Kebangsaan (SK)...

Next Post

Nubhan Doa Mohon Diberi Cahaya Mata Saat Tunai Umrah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd