• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Sumatera Tertua Dunia Maut Usia 25 Tahun

oleh
19/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HONOLULU — Seekor harimau sumatera, yang dipercayai sebagai spesies harimau belang yang masih hidup paling tua di dalam sangkar kandang, akhirnya disahkan meninggal dunia dalam usia kira-kira 25 tahun.

Harimau bernama Djelita itu disuntik mati di Zoo Honolulu setelah menderita komplikasi akibat penyakit umur tua. Pihak pengelola taman haiwan liar itu mengumumkan kematian Djelita menerusi halaman Facebook-nya.

“Dengan sangat sedih, kami harus mengumumkan bahwa Djelita, harimau sumatera tercinta kami, terpaksa disuntik mati hari ini (18 April 2016),” kata jurucakap Zoo Honolulu di Hawaii melalui laman sosial rasminya itu.

“Komplikasi (penyakit) dengan usia lanjut yang dideritanya selama ini mengharuskan pengambilan keputusan berat itu,” jelas kenyataan pihak zoo di pulau negeri pentadbiran Amerika Syarikat di Lautan Pasifik tersebut.

Djelita adalah harimau tertua antara spesies kecil harimau belang yang didaftarkan dalam koleksi taman haiwan di seluruh dunia, tambah pihak pengurusan Zoo Honolulu yang dipetik oleh stesen penyiaran Australia, ABC.

Harapan hidup untuk harimau sumatera di alam liar secara purata adalah sekitar 12 tahun manakala di dalam sangkar zoo lazimya sekitar 20 tahun, sedangkan Djelita pula mampu bertahan lama sehingga berusia 25 tahun.

Pengarah Taman Haiwan Honolulu, Baird Fleming menyatakan: “Usia tua menghantui sesiapa saja, bahkan binatang meskipun Djelita memiliki hidup yang panjang dan sihat di dalam suasana zoo yang cukup selesa.

tigers

“Ia sebenarnya sudah menunjukkan tanda-tanda yang mengarah kepada keputusan bulat bahawa Djelita memang bersiap sedia untuk meninggalkan kehidupan dunia yang fana buat selama-lamanya,” tambah beliau lagi.

“Zoo Honolulu berbangga atas rawatan bertahun-tahun sangat baik kepada Djelita, yang merupakan sebahagian daripada usaha konservasi di seluruh dunia untuk menyelamatkan harimau sumatera dari pupus,” tambah Baird.

Menerusi status terkininya di Facebook, pihak taman haiwan Honolulu menjelaskan, hanya ada sebanyak 200 ekor harimau sumatera dalam penjagaan zoo-zoo di seluruh dunia, sebagai usaha pemuliharaan masyarakat global.

“Zoo Honolulu berasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada usaha murni tersebut ini, dan akan meneruskan usaha konservasi berkenaan,” sebut pihak pengurusan taman binatang tersebut dalam maklumat Facebooknya.

Djelita lahir di Taman Negara San Diego, California pada 26 Mac 1991, sebelum dibawakan ke Zoo Honolulu pada 25 November 1992 lalu. Dianggarkan cuma ada kurang 500 ekor harimau sumatera hidup di habitat semula jadi.

Zoo Honolulu juga adalah ‘rumah’ dua ekor harimau sumatera lainnya, iaitu si jantan Berani dan pasangannya Chrissie, kedua-dua berusia 16 tahun serta telah beberapa kali melahirkan keturunan untuk spesies tersebut.

Anak-anak daripada kedua-dua harimau itu sudah dihantar ke beberapa buah zoo di luar negara sebagai langkah pemuliharaan di bawah pengurusan taman haiwan lainnya untuk dilangsungkan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: harimauHawaiisumaterazoo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penangkapan Harimau Di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan: Amaran Dari Alam

Penangkapan Harimau Di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan: Amaran Dari Alam

11/01/2026
0

Penangkapan seekor harimau di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, berhampiran Ipoh, mengingatkan kita tentang hakikat yang kian mendesak: konflik manusia–hidupan liar...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd