• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Sahut Cabaran Debat Terbuka Dengan Abdul Rahman

oleh Ahmad Albab
07/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyahut cabaran debat terbuka dengan Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung kontroversi dan dakwaan rasuah membabitkan isu hartanah di negeri itu.

Guan Eng berkata beliau juga bersedia mengadakan debat dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu secara siaran langsung.

“Saya menerima cabaran beliau untuk membahaskan isu Taman Manggis. Saya akan menunggu beliau.

“Saya sedia berdebat dengan beliau walaupun saya tidak mempunyai dokumen yang didakwa ada dimiliknya. Saya akan menunggu masa dan tempat yang dicadangkannya,” kata Guan Eng kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) berkata Guan Eng mempunyai ‘idea yang lucu’ kerana mahu mengajak beliau untuk minum kopi bersama.

Guan Eng bagaimanapun menafikan mengeluarkan sebarang jemputan.

“Saya harap Abdul Rahman tidak bermimpi. Saya tidak pernah menjemput beliau untuk minum kopi bersama,” katanya. – mStar Online

Tags: Lim Guan EngRahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd