• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempar Singa Betina ‘Berehat’ Di Tiang Kabel Telefon

oleh
13/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Pasukan biologi haiwan liar Amerika Syarikat (AS) terpaksa menyelamatkan seekor singa betina yang entah bagaimana ‘terdampar’ di tiang kabel telefon awam di Polson, Montana dekat sini baru-baru ini.

Singa gunung tersebut didapati seperti sudah putus asa apabila hanya mampu mendiamkan diri sahaja dan binatang buas itu turut tidak mampu bergerak untuk turun kembali ke tanah, menurut laporan media tempatan.

Dalam video aksi dramatik penyelamatan haiwan liar itu, singa tersebut seperti menempel di atas puncak tiang dan peristiwa berkenaan dilaporkan terjadi pada Rabu minggu lalu, di kawasan dekat Taman Negara Flathead.

Petugas harus menembak haiwan itu dengan damak ubat penenang dan seseorang menghampiri singa di atas tiang itu dengan menggunakan sebuah ‘lift bucket’ atau raga lif yang biasa digunakan pekerja kren atau bomba.

singa1

singa2

Singa besar itu, seperti dilaporkan laman berita UPI.com, sempat bergerak setelah ditembak dengan jarum bius, namun binatang tersebut kemudian jatuh tergelincir sebelum orang di dalam ‘lift bucket’ mampu menjangkaunya.

Menurut kenyataan petugas tempatan, mereka tidak pula menyatakan berapakah ketinggian tiang kabel telefon yang nampak menjulang lebih tinggi daripada pohon-pohon liar di sekitar kawasan taman hutan tersebut.

Dalam operasi khas tersebut yang turut disertai pasukan polis dan pelbagai agensi tempatan, syarikat utiliti tenaga elektrik Mission Valley Power terpaksa memotong sementara bekalan kuasa kepada penduduk sekitarnya.

Singa gunung ini tidak luka meskipun jatuh dari ketinggian malah dalam keadaan tidak sedarkan diri, haiwan itu sempat lagi diangkat oleh petugas kecemasan dan kemudian dilepaskan kembali ke habitatnya pada keesokan hari.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: singaTaman Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Singa Tular Miliki Gaya Rambut Unik

31/05/2022
0

SINGAPURA : Seekor singa jantan di Zoo Guangzhou, China tular di media sosial kerana memiliki surai atau bulu tengok yang...

Singa ‘Tunggang’ Zirafah Di Afrika Selatan

27/01/2019
0

HOEDSPRUIT - Seekor singa betina dirakam seolah-olah menunggang zirafah dalam satu kejadian di kawasan Rizab Persendirian Alam Semula Jadi Klaserie...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd