• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dubai Keluar Fatwa Haram ‘Curi’ Wifi Orang Lain

oleh
13/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI – Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam di Dubai mengeluarkan fatwa yang melarang keras daripada menggunakan perkhidmatan WiFi milik orang lain tanpa meminta izin pemiliknya terlebih dahulu.

Fatwa terbaharu tersebut dikeluarkan Jabatan Ehwal Islam dan Kegiatan Amal Dubai (IACAD), lapor portal Emirates247 tanpa menyatakan sama ada ia turut diguna pakai seluruh wilayah Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Untuk rekod, UAE setakat ini mempunyai lebih empat juta pelanggan Internet berdaftar iaitu 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduknya dengan dua firma penyedia perkhidmatan jalur lebar iaitu Etisalat dan Du.

Menurut laporan berkenaan, seorang individu ada bertanya kepada seksyen fatwa jabatan tersebut sama ada orang ramai dibenarkan untuk menggunakan khidmat jalur lebar WiFi hak milik orang lain secara senyap-senyap.

dubai1
GAMBAR HIASAN

Ini kerana kelajuan Internet bagi pemilik WiFi berkenaan sebenarnya secara teknikal boleh terjejas menjadi perlahan akibat terpaksa berkongsi perkhidmatan tersebut dengan ramai pengguna lain pada masa sama.

Emirates247 melaporkan bahawa fatwa itu diterbitkan menerusi laman IACAD di bawah seksyen ‘fatwa moden’ dan menjadi bahan perbualan ramai netizen yang sering ‘curi’ WiFi jiran rumah atau individu bersebelahan.

Fatwa dikeluarkan berkenaan turut menyatakan bahawa orang ramai sebenarnya memang pun dilarang daripada menggunakan perkhidmatan siber hak milik orang lain tanpa bayaran atau tanpa izin tuan punya itu sendiri.

Justeru, menurut kenyataan IACAD, perkhidmatan Internet secara WiFi hanya sah boleh digunakan selepas seseorang itu melanggani pakej tertentu khidmat tersebut, lapor Emirates247. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: dubaiWiFi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tujuh Daripada Lapan Mangsa Sindiket Pekerjaan Di Dubai Rakyat Sarawak

Tujuh Daripada Lapan Mangsa Sindiket Pekerjaan Di Dubai Rakyat Sarawak

17/12/2022
1

KUCHING: Tujuh daripada lapan warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE)...

‘Menteri Luar Perlu Jawab Isu Lawatan PM Ke Dubai’ – Anwar

14/04/2022
0

SHAH ALAM - Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah seharusnya segera menjawab tentang apa yang berlaku semasa lawatan rasmi Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd