• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipanah Petir: Penjaga Gol Melaka United Stabil

oleh Ahmad Albab
06/04/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Penjaga gol Melaka United, Marco Stefan Petrovski kini dalam keadaan stabil selepas dipercayai dipanah petir ketika menjalani latihan di Krubong di sini, kira-kira pukul 5 petang semalam.

Pengarah Hospital Melaka Datuk Dr Za’aba Baba berkata pemain berdarah campuran Malaysia-Australia itu dikejarkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital tersebut untuk mendapat rawatan pada pukul 5.20 petang tadi.

“Pesakit telah diperiksa dan menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma oleh pakar kecemasan dan sedang menerima rawatan lanjut di unit rawatan rapi.

“Keadaan pesakit stabil dan dibantu dengan bantuan pernafasan,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Petrovski, 18, merupakan pemain remaja kelab Sydney Olympic FC di Australia sebelum memilih bermain untuk MU pada musim ini.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata kejadian itu berlaku ketika pemain Melaka United bersurai setelah menamatkan latihan.

“Ini merupakan kejadian yang langsung tidak dijangka kerana pada masa itu tiada hujan lebat,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan Liga Perdana Melaka United menentang UiTM FC di Stadium Hang Jebat di sini malam ini.

Beliau berkata keluarga mangsa yang kini berada di Australia dan Portugal telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan dijangka sampai di negara ini malam esok.

Idris berkata Melaka United akan menyediakan tiket penerbangan serta kemudahan yang perlu kepada keluarga Petrovski untuk melawatnya.

Sehubungan itu, katanya Melaka United akan mengambil langkah lebih berhati-hati bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang. – BERNAMA

Tags: Melaka Unitedpenjaga gol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd