• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denda RM15,000 Gagal Daftar GST Dalam Tempoh Ditetapkan

oleh Ahmad Albab
06/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru – Syarikat pembinaan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah gagal mendaftarkan mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 dalam tempoh yang ditetapkan, tahun lalu.

Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu selepas MKYS Construction Sdn Bhd yang diwakili seorang daripada pengarahnya, Chang Yin Siang, 44, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, syarikat persendirian yang berdaftar pada 25 Jun 2014 itu didakwa gagal mendaftar mengikut Akta GST 2014 dalam tempoh yang ditetapkan di Bahagian Pendaftaran GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Menara Kastam di sini pada 11 Mac 2015.

Bagi perbuatan itu, syarikat terbabit didakwa mengikut Seksyen 184(4) Akta GST 2014 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 94 akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, pemilik kedai membaiki telefon bimbit dan aksesori, Yau Kam Loy, 33, didenda RM5,000 atas pertuduhan yang sama dilakukan pada 14 Mac 2015.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa JKDM, Mazliza Abdul Wahid, manakala peguam Lim Man Yong mewakili syarikat dan Yau tidak diwakili peguam. – myMetro Online

Tags: GSTmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd