• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Perumahan Mampu Milik Di Negeri Sembilan

oleh Ahmad Albab
12/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan negeri menerusi Dasar Perumahan Mampu Milik menetapkan sebanyak 50 peratus rumah mampu milik dibina dalam setiap projek pembangunan perumahan di Negeri Sembilan, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Dasar Perumahan Negeri Sembilan merupakan satu jaminan bahawa akan terdapat rumah mampu milik dibina bagi memastikan golongan muda berpeluang memohon dan membeli rumah mampu milik yang bersesuaian mengikut pendapatan masing-masing.

“Ia menjadi keutamaan kepada kerajaan dan permasalahan ini menjadi topik utama bukan sahaja di negeri ini bahkan di seluruh negara. Ini terjadi akibat pelbagai faktor seperti kenaikan harga pasaran hartanah.

“Selain itu faktor kos tenaga buruh binaan, kenaikan harga bahan binaan dan juga lonjakan permintaan berbanding penawaran. Kerajaan baik di peringkat pusat mahupun negeri telah menggubal dasar bagi tujuan untuk melihat rakyat Malaysia mampu membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah dalam hidup mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi pertanyaan lisan bagi menjawab soalan Datuk Yunus Rahmat (BN-Klawang) yang ingin tahu apakah rancangan kerajaan negeri untuk memberi peluang kepada golongan muda atau mereka yang langsung tidak mempunyai tempat kediaman sendiri yang dalam masa yang sama telah bekeluarga.

Mohamad berkata skim MyDeposit yang diperkenalkan kerajaan merupakan inisiatif yang baik bagi membantu golongan yang tidak mempunyai keupayaan memiliki rumah untuk berbuat demikian.

Mengulas lanjut, menteri besar berkata berbanding negara lain, Malaysia satu-satunya negara yang memperkenalkan skim seumpamanya bagi membantu golongan sasar untuk memiliki kediaman sendiri.

“Skim ini digubal bagi memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan memiliki rumah untuk memilikinya dan ia juga tidak terkecuali kepada penjawat awam yang layak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Negeri SembilanRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

01/05/2025
0

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian membabitkan kumpulan 'Ah Kit' menerusi serbuan di sekitar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd