• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Gesa Kerajaan Tunduk Pada Lanun?

oleh Ahmad Albab
04/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seolah-olah menggesa kerajaan Malaysia supaya berkompromi dalam soal wang tebusan dengan lanun yang menculik empat rakyat Malaysia di perairan Semporna, Sabah pada 2 April lalu.

Beliau seakan-akan membuat gesaan itu apabila menyebut Kerajaan Persekutuan perlu melakukan apa sahaja untuk membebaskan empat mangsa culik tersebut termasuk dengan tidak mengambil kira tentang soal kewangan.

“Tugas asas sebuah kerajaan adalah memastikan keselamatan awam. DAP menggesa Kerajaan Persekutuan mengambil apa sahaja langkah untuk membebaskan empat mangsa rakyat Malaysia tersebut.

“Malah, langkah kewangan juga tidak sepatutnya diketepikan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media pada 2 April lalu melaporkan empat rakyat Malaysia diculik oleh lapan lanun bersenjata di perairan Semporna ketika dalam pelayaran balik dari Filipina ke Malaysia pada pukul 7 malam.

Ketua Polis Miri ACP Junaidi Bujang dipetik berkata, keempat-empat lelaki berumur 21 hingga 34 tahun itu bertugas di sebuah kapal didaftarkan atas nama ‘Masfive 6’ dan ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila, Filipina. – mynewshub.cc

Tags: LanunLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd