• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dalang Sindiket MyKad Palsu Ditahan

oleh Ahmad Albab
01/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Sepasang suami isteri warga Filipina antara 18 warga asing yang ditahan di Taman Samudera, Manjung, dekat sini awal hari ini dipercayai terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri.

Semua warga asing itu ditahan dalam operasi bersepadu oleh sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, JPN negeri dan Jabatan Imigresen negeri, bermula pukul 12 tengah malam.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat JPN, Mohamad Yusri Hashim berkata beratus-ratus salinan kad pengenalan dan sijil lahir ditemukan di rumah pasangan itu dipercayai untuk tujuan pemalsuan dokumen pengenalan.

“Kita mengesyaki mereka telah lama terlibat dalam aktiviti pemprosesan kad pengenalan palsu dan satu daripada modus operandi mereka adalah dengan sering bertukar-tukar rumah,” katanya kepada pemberita di sini selepas operasi tamat pada kira-kira pukul 7 pagi.

Mohamad Yusri berkata pihaknya akan menyerahkan pasangan berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara untuk ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Katanya pemeriksaan ke atas rumah pasangan tersebut turut menemukan kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) palsu dipercayai diguna untuk mendapatkan pekerjaan di kawasan pelabuhan Lumut.

Sementara itu, warga asing yang lain ditahan mengikut akta Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana memiliki kad pengenalan palsu selain memegang dokumen pengenalan diri orang lain. – BERNAMA

Tags: MyKadsindiket
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Dan Didera, 5 Keluarga Rayu Anak Dibawa Pulang

Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Dan Didera, 5 Keluarga Rayu Anak Dibawa Pulang

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Lima keluarga tampil merayu bantuan selepas anak mereka dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dan pemerdagangan manusia di Taiwan serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd