• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Catuan Bekalan Air Di Utara Perlis Bermula Hari Ini

oleh Ahmad Albab
16/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Catuan bekalan air di kawasan utara Perlis dari Wang Kelian, Kaki Bukit, Titi Tinggi, Beseri dan Abi yang melibatkan 13,000 pengguna domestik, bermula hari ini.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata beberapa kawasan lain di Kampung Melayu, Kampung Kolam dan Kampung Kok Mak di Padang Besar; Jalan Batu 16; Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Guar Chenderai dan Kampung Bukit Merah, Beseri masih mendapat bekalan air dengan tekanan rendah.

Sehubungan itu, beliau berkata kawasan yang terjejas akan dibekalkan dengan bekalan air bersih daripada lori tangki dan tangki statik yang akan diletakkan di beberapa tempat strategik di kampung-kampung berkenaan.

Azlan berkata Syarikat Air Perlis (SAP) juga akan membekalkan air bersih kepada sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT) yang berada di kawasan terjejas seandainya terdapat permintaan daripada pihak mereka.

“Memandangkan hujan tidak turun hingga malam ini (malam tadi) dan paras air di Empangan Timah Tasoh telah mencecah ke paras 26.2 meter (Jumaat) berbanding 26.23 meter (Khamis), kerajaan negeri akan melaksanakan langkah catuan bekalan air dan pengumuman mengenai perkara ini telah dikeluarkan kepada penduduk terlibat oleh SAP,” katanya.

Azlan yang juga Pengerusi SAP berkata pelatih PLKN Guar Chenderai 2.0 Siri 13/2016 yang telah memulakan sesi latihan pada 26 Mac lepas disyorkan diberi cuti sehingga bekalan pulih manakala pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri boleh diberi pelepasan untuk pulang ke rumah pada cuti hujung minggu.

“Pelan catuan air ini tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa oleh SAP kerana jika berlaku hujan dalam masa terdekat maka kita boleh hentikan daripada terus melakukan tindakan berkenaan (catuan bekalan air).

“Dalam keadaan kritikal ini, pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan untuk menjimatkan penggunaan air dan tidak membazir bekalan air yang sedia ada semasa keadaan darurat,” katanya selepas meraikan 44 mantan Pengerusi Jawatankuasa Ketua Kampung (JKKK) yang telah bersara pada Majlis Jasamu Dikenang Bersama Menteri Besar Perlis di Dewan Residensi di sini, malam tadi.

Beliau berkata operasi pembenihan awan (OPA) di Perlis diteruskan untuk hari kelima hari ini dan dijangka berakhir pada 18 April. – BERNAMA

Tags: Azlan Man
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempa Bumi Lemah Berlaku Di Ranau Pagi Ini

Next Post

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Gempa Bumi Di Jepun

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

Next Post

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Gempa Bumi Di Jepun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd