• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cara DAP Eksploit Keluarga Mangsa Tebusan Dikritik Netizen

oleh
26/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kecoh juga seluruh bandar Sibu malam Isnin lalu apabila sembilan ahli keluarga mangsa tebusan di selatan Filipina menggunakan pentas ceramah politik meraih simpati pengundi dan masa sama mengutip derma.

Asalnya mereka cuma membuat rayuan memohon bantuan penduduk menerusi media sosial sebelum muncul secara terbuka dan mengejut di khalayak awam sekitar bandar tersebut sehingga menyebabkan kesesakan trafik.

Saudara mara mangsa penculikan kumpulan militan wilayah Filipina itu mulanya membuat satu pasukan di sebuah kedai kopi di Delta Estate sebelum dikerumuni ramai orang yang bersimpati dengan nasib malang mereka.

Namun keadaan menjadi lebih gempar apabila kumpulan tersebut bergerak menuju ke pentas ceramah politik anjuran tiga parti berbeza yang kebetulan bertanding di situ untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 ketika ini.

hostages1

Media tempatan melaporkan mereka asalnya membuat ‘kempen’ pada ceramah anjuran calon BN, Chieng Buong Toon di Tiong Hua Road sebelum ke ceramah DAP di Ulu Sungai Merah dan ceramah parti STAR di Lanang Road.

Aksi mereka melutut sedih di atas pentas sambil merayu derma kilat memang berjaya menarik perhatian ramai penonton sehingga menjadi sensasi dalam kalangan netizen tempatan tetapi ada juga tidak eloknya tindakan itu.

Akhbar tempatan, The Borneo Post melaporkan bahawa ramai penduduk menangis apabila dimaklumkan salah seorang mangsa, Wong Teck Kang sempat menghubungi bapanya, Chee Ming dua hari lalu memohon bantuan.

Malangnya, tindakan DAP cuba mengeksploitasi keluarga tebusan berkenaan sebagai bahan kempen parti itu mengundang perasaan kurang senang ramai netizen dan penduduk tempatan sehingga teruk menerima kritikan.

Keluarga mangsa penculikan di Fiipina.
Keluarga mangsa penculikan di Fiipina membuat rayuan kepada penduduk pada kempen pilihan raya negeri di Sibu.

Mynewshub difahamkan parti pembangkang itu ada memuat naik video mengenai insiden berkenaan sebelum terpaksa menarik balik rakaman visual tersebut untuk mengelak daripada dijadikan bahan sinis banyak pihak.

Khabarnya kutipan derma untuk ceramah DAP itu yang sepatutnya digunakan bagi menjayakan kempen parti tersebut juga terpaksa diserahkan kepada keluarga tebusan sehingga menjadi sindiran kebanyakan penulis blog.

Walau apapun, tindakan ketiga-tiga parti berkenaan ditegur oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri ketika mengulas isu keluarga tebusan tersebut kepada pemberita di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Malah, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada Selasa turut memberi jaminan pihak kerajaan negeri sedia membantu waris tebusan khasnya bagi meringankan beban kewangan mereka. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Baca: Jangan Jadikan Kes Culik Kempen Pilihan Raya

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd