• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat Pembedahan Plastik Kerana Terlalu Seiras

oleh Ahmad Albab
10/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Yuncheng (China) – Satu pasangan kembar lelaki seiras yang berkahwin dengan sepasang lagi kembar seiras mengambil keputusan menjalani pembedahan plastik kerana mereka gagal mengenal pasti pasangan masing-masing.

Pasangan kembar lelaki, Zhao Xin dan Zhao Xuan berkahwin dengan sepasang lagi kembar seiras, Yun Fei dan Yun Yang dalam satu majlis di bandar ini 15 Februari lalu.

Dua pasangan berkenaan yang berusia 22 tahun bercinta selepas bertemu dalam majlis mencari jodoh di bandar itu.

Kedua-dua pasangan kembar itu memiliki wajah yang terlalu seiras sehingga menyebabkan ibu bapa, keluarga serta rakan sukar mengenal pasti mereka.

Bagaimanapun, masalah mula timbul apabila mereka sendiri sukar mengenal pasti pasangan masing-masing sehingga sering berlaku kekeliruan.

Kedua-dua pasangan kembar itu memiliki bentuk dan wajah yang terlalu seiras serta sukar untuk mengenal pasti mereka melalui suara.

Zhao Xin berkata, pernah berlaku dia keluar bersama isterinya, Yun Fei ke taman, tetapi selepas beberapa minit dia menyedari wanita itu adalah Yun Yang.

Kerana sering terkeliru dua pasangan itu mengambil keputusan untuk bertemu seorang pakar bedah plastik di Shanghai bagi meminta bantuan.

Doktor bersetuju untuk membuat sedikit perubahan pada wajah dua pasangan kembar itu supaya mereka boleh dibezakan. – Agensi/myMetro Online

Tags: kembar seiraspembedahan plastik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kembar ‘Angelina Jolie’ Patah Leher

10/01/2019
0

WANITA yang melakukan puluhan pembedahan plastik gara-gara mahu kelihatan persis aktres Angelina Jolie, Sahar Tabar berkongsi gambar 'pelik' di Instragam...

Maut Selepas Pembedahan Plastik Payudara

25/04/2018
0

SEORANG pesakit yang menjalani pembedahan plastik di Moscow, Rusia maut selepas melakukan pembedahan di bahagian payudara. Menurut sumber perubatan, ibu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd