• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Yakin Tawan Semula Kerusi Yang Tewas – Abang Johari

oleh Ahmad Albab
24/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Barisan Nasional (BN) Sarawak yakin dapat menawan semula kerusi yang tewas semasa pilihan raya negeri (PRN) 2011, pada PRN ke-11, bulan depan.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata ini boleh dicapai melalui perpaduan yang kukuh dalam kalangan penyokong terutama pengundi masyarakat Cina.

“Kita tewas kerusi di kawasan bandar sebelum ini (semasa pilihan raya lepas) kerana perbalahan dalaman antara kita dan bukan disebabkan mereka (pembangkang) kuat.

“Saya yakin bahawa jika masyarakat Cina bersatu, kita boleh memenangi semula kerusi di kawasan bandar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan papan iklan diod pancaran cahaya (LED) pelancongan Sarawak dan melakukan tinjauan mesra di Satok, di sini Sabtu malam.

Terdahulu, Abang Johari berkata pemasangan papan iklan LED itu adalah untuk menggalakkan aktiviti pelancongan dan program yang direncanakan oleh kerajaan negeri.

Ketika PRN-10 pada 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, manakala DAP menguasai 12 kerusi, PKR (tiga) dan satu oleh calon Bebas.

Pada pilihan raya kali ini menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan termasuk 11 kerusi baharu berikutan persempadanan semula kawasan. – BERNAMA

Tags: PRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendaki Cedera Dipanah Petir Ketika Daki Gunung Rajah

Next Post

Nazmi Faiz Perlu Bijak Kawal Emosi

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

Nazmi Faiz Perlu Bijak Kawal Emosi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd