• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bersabar Kerana Ini Ujian Allah’ – Luah Isi Hati Rosmah

oleh
22/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – ‘Sentiasa perbanyakkan bersabar dalam menghadapi sebarang ujian’. Demikian nasihat daripada isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor kepada suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut portal propembangkang MalaysiaKini, nasihat itu diluahkannya demi berdepan dengan pelbagai siri tuduhan fitnah jahat, yang beliau dakwa kesemuanya memang direka khas semata-mata untuk menjatuhkan Najib.

Rosmah, 64; yang merupakan wanita kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu malah mengakui dirinya sendiri turut menjadi sasaran pengkritik-pengkritik suaminya selepas beliau berkahwin dengan Najib, 62; pada 1987.

Namun begitu, Rosmah meyakini bahawa suaminya itu sedang berdepan dengan ujian Allah dan menggalakkan beliau supaya terus bersabar menempuh cabaran yang begitu besar sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009.

Menjawab pertanyaan wartawan dalam sebuah acara di sini pada 21 April, beliau berkata: “Nasihat saya kepadanya (Najib) adalah supaya memperbanyakkan bersabar kerana ini semua pasti adalah ujian daripada Allah sendiri.”

umrah
Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor ketika menunaikan ibadah umrah serta menjadi tetamu kepada Raja Arab Saudi awal Mac 2016 lalu. – Gambar hiasan

“Apa yang penting adalah Allah Maha Mengetahui perkara yang sebenar,” tambah beliau. “Apa pun yang berlaku, kita perlu terus berdoa dan menyerahkannya kepada kekuasaan Allah,” ujar Rosmah kepada MalaysiaKini.

Najib pernah dibelenggu beberapa kontroversi fitnah berkaitan dana berbilion ringgit yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya, yang sebelum ini dijelaskannya merupakan wang derma politik daripada tokoh Asia Barat.

Beliau tegas menafikan wang yang diterimanya itu ada kaitan dengan masalah 1MDB dan berkata sebarang tuduhan sedemikian adalah rekaan semata-mata oleh mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Negarawan itu yang kini bersekongkol dengan musuh politik ketatnya yang pernah menggelarkan Mahathir itu sebagai firaun diktator mahazalim kini sebaliknya mahukan Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Namun sehingga kini Mahathir enggan pula menyatakan siapakah pengganti Najib sama ada seterunya, Anwar Ibrahim, atau Muhyiddin Yassin atau tokoh cauvinis DAP, Lim Kit Siang atau pun anaknya sendiri, Mukhriz.

- Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Najib Tun RazakRosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Histeria Besar-Besaran Pernah Berlaku Era 70-an, 80-an

Next Post

Penumpang Buka Pintu Kecemasan Pesawat Kerana Mahu Hirup Udara

Related Posts

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

26/06/2024
0

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan...

Next Post

Penumpang Buka Pintu Kecemasan Pesawat Kerana Mahu Hirup Udara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd