• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengarah Perhilitan Johor Terlepas Tuduhan Curi Sumbu Badak

oleh Ahmad Albab
10/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini, melepas dan membebaskan bekas Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor daripada tuduhan mencuri sumbu badak berusia lebih 100 tahun milik Muzium Diraja Johor, pada Oktober tahun lepas.

Hakim Sabariah Atan memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh Yusoff Shariff, 47.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan RM5,000 yang dikenakan ke atas tertuduh dikembalikan.

Pada 31 Mac lepas, peguam mewakili tertuduh Datuk Hanif Hassan mengemukakan representasi kepada mahkamah untuk membatalkan kes tersebut.

Yusoff dituduh mencuri sumbu badak itu yang disimpan di bahagian hadapan Muzium Diraja Johor, Bangunan Sultan Ibrahim, tanpa kebenaran sah pada 2.30 petang, 15 Okt 2015.

Bagaimanapun, ketika dihadapkan ke mahkamah pada 28 Dis 2015, beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Yusoff boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Yusoff yang kini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Ex-Situ di Ibu Pejabat Perhilitan di Cheras, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya.

“Dalam kes ini, saya sebenarnya cuma menjalankan tugas dan berlaku salah faham,” katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas tamat prosiding Ahad.

Pendakwaan kes dilakukan Ketua Unit Pendakwaan Johor, Saiful Edris Zainuddin. – BERNAMA

Tags: JohorPerhilitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd