• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayam Disimpan Tak Sempurna Punca Keracunan Makanan Di Tapah

oleh Ahmad Albab
06/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Cara penyimpanan ayam mentah yang tidak sempurna dan tempoh masak yang terlalu singkat dikenal pasti sebagai punca keracunan makanan yang berlaku di Sekolah Menengah Sains Tapah minggu lalu.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juwita Ghazali berkata punca tersebut dikenal pasti menerusi hasil siasatan Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP).

“Simpanan ayam mentah itu tidak sempurna. Ia tidak mencapai suhu sejuk beku negatif enam darjah Celsius selama 32 jam iaitu dari pukul 10.30 pagi (1 April hingga 6 petang (2 April).

“Ini menyebabkan bakteria Salmonela boleh membiak dengan cepat dan banyak seterusnya menyebabkan keracunan makanan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Dr Juwita berkata kari ayam yang dimasak sebagai hidangan makan tengah malam untuk pelajar asrama sekolah berkenaan juga dimasak terlalu singkat iaitu 30 minit untuk dua dulang.

Sabtu lalu seramai 43 pelajar dan seorang guru sekolah berkenaan mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati hidangan roti jala dan kari ayam yang dihidangkan di dewan asrama untuk makan lewat malam.

Bagaimanapun jumlah itu meningkat kepada 63 orang dengan 28 daripada mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tapah. – BERNAMA

Tags: keracunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

09/06/2023
0

KOTA MARUDU – Seramai 20 pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Pitas dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan...

Karbon Monoksida Pembunuh Senyap

18/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Keracunan karbon monoksida boleh terjadi walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan ia adalah punca utama kecederaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd