• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aroma Dodol Tarik Pelancong Jepun, China Kacau

oleh
01/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aroma dan keenakan dodol yang pernah dicuba di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu tidak pernah lenyap daripada ingatan Hanae Matsushita.

Kebetulan ketika datang ke Malaysia kali ini, Matsushita, 40 tahun, mendapat tahu ada aktiviti mengacau dodol dianjurkan di Muzium Negara sempena ‘Pameran Dari Dapur Ke Meja‘.

Teruja dengan maklumat itu dan tanpa melepaskan peluang, beliau segera muncul ke acara itu baru-baru ini. Ketika ditemui, Matsushita berkata: “Saya mahu cuba makan dodol panas, tidak sia-sia saya datang ke sini.”

“Rasanya lebih enak apabila dodol masih panas,” kata rakyat Jepun itu yang tidak kekok untuk cuba bertutur dalam bahasa Melayu.

Keterujaannya menikmati dodol yang baharu dimasak terpancar pada wajahnya. Matsushita mencedok juadah itu yang masih dalam keadaan cair berulang kali dan berulang kali memuji keenakan manisan itu.

dodol2
Gambar hiasan

Dia yang gemar mencuba pelbagai makanan dunia berkata tekstur dodol mengingatkannya kepada manisan tradisional negaranya, ‘uiro’ yang juga seperti dodol, diperbuat daripada tepung beras dan gula.

“Bagaimanapun cara memasak berbeza, uiro dimasak secara kukus. Memasak dodol adalah lebih rumit tetapi unik,” katanya kepada Bernama.

Pelancong dari China, Chang Jun, 35 tahun, pula merasakan dirinya sebagai bertuah kerana berpeluang melihat proses malah mencuba sendiri mengacau dodol.

“Pemandu pelancong saya memberitahu, biasanya dodol dibuat di desa semasa menjelang musim perayaan, hebat saya dapat alami kegiatan ini ketika melawat ke sini,” katanya.

dodol1
Gambar hiasan

Eksekutif Akaun, Azimah Nordin, 26 tahun, turut teruja melihat aktiviti memasak dodol kerana belum pernah melihatnya secara langsung sebelum ini.

Beliau berkongsi pengalaman itu bersama dua orang anaknya yang masih bersekolah.

“Saya biasa makan dodol pada Hari Raya Puasa namun tak pernah ada pengalaman lihat dodol dikacau di depan mata,” kata Azimah.

“Seronok dapat turut merasa mengacaunya sendiri dan rasa dodol ketika masih panas memang jauh lebih sedap,” katanya.

Aktiviti ‘Pakat-pakat Kacau Dodol‘ adalah sebahagian aktiviti diadakan bersempena Pameran Dari Dapur Ke Meja anjuran Muzium Negara Malaysia yang berlangsung dari 20 Februari sehingga 23 April.

– Bernama/Myewshub.cc/HAA

Tags: dapurdodolMuzium Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

11/11/2022
0

Kuala Lumpur : Tindakan individu menurunkan bendera parti Pakatan Harapan (PH) di hadapan Muzium Negara, di sini, kerana pemasangan bendera...

Tunku Azizah Singsing Lengan, Buka Semula Dapur PPS Banjir

02/08/2019
0

KUANTAN - Melihat wajah gembira mangsa banjir menikmati juadah yang dihidangkan merupakan detik istimewa yang memberikan kepuasan tersendiri kepada Raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd