• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Lahad Datu Temui Tongkang Anand12 Yang Dirampas Abu Sayyaf

oleh Ahmad Albab
04/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Lahad Datu menemui sebuah tongkang yang didaftarkan atas nama ‘Anand 12’ yang dipercayai dirampas kumpulan militan Abu Sayyaf di kawasan perairan Filipina pada 26 Mac lepas.

Pengarah Maritim Daerah Sandakan, Kapten Maritim A. Razak Abd Rahman berkata tongkang milik bot tunda Brahma 12 yang dirampas ketika dalam perjalanan dari Kepulauan Borneo ke Filipina pada hari kejadian itu dijumpai APMM semalam kira-kira jam 1.05 tengah hari di dalam kawasan Perairan Tungku, Lahad Datu.

“Semasa operasi mencari, APMM telah menggerakkan dua aset dari Pangkalan Maritim Lahad Datu (PM 17) iaitu Bot Kilat 51 dan Banggi 35. Manakala Pasukan Polis Marin (PPM) menggerakkan Bot PA 47.

Operasi yang dimulakan pada jam 10.30 pagi dan berakhir sebaik ditemui pada jam 1.05 tengah hari adalah hasil kerjasama erat dari pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan PPM Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

A.Razak berkata tongkang itu dipercayai telah hanyut dari Terumbu Alice, Filipina dan memasuki perairan Malaysia.

Katanya ketika ditemui tongkang itu dalam keadaan terapung di posisi 8.4 batu nautika Timur Laut Platform Tun Sharifah Rodziah (TSR) dan 13.7 batu nautika Tenggara Tanjung Tungku.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati, tiada orang di atas tongkang dan tongkang tersebut mengandungi lebih kurang 7,000 tan metrik arang batu,” katanya.

Dalam kejadian pada 26 Mac itu, bot tunda dan tongkang yang membawa arang batu dari Kepulauan Borneo ke Filipina itu dirampas kumpulan militan Abu Sayyaf manakala 10 kru bot tunda berkenaan, semuanya warganegara Indonesia, telah diculik untuk mendapatkan wang tebusan. – BERNAMA

Tags: abu sayyafAPMM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KKMM Anjur Program Santai Untuk Dampingi Golongan Belia

Next Post

Foto Lelaki Cuba Muatkan Sofa Dalam Kereta Jadi Viral

Related Posts

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

09/12/2024
0

Johor Bahru : Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini atas enam...

Pegawai APMM Pertingkat Teknik Penahanan di Perairan

Pegawai APMM Pertingkat Teknik Penahanan di Perairan

17/02/2023
0

KUALA LUMPUR, 17 Feb -- Seramai 18 tenaga pengajar dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengikuti latihan menangkap penjenayah...

Next Post

Foto Lelaki Cuba Muatkan Sofa Dalam Kereta Jadi Viral

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd