• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Turki Bertumbuk Lagi

oleh Ahmad Albab
29/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ankara – Perbalahan antara ahli Parlimen dari parti pemerintah, AK dan pembangkang pro-Kurdis mengganggu usaha meluluskan perundangan berhubung perjanjian migrasi dengan Kesatuan Eropah (EU).

Ahli Parlimen menumbuk, menolak dan tidak kurang juga yang cuba menghalang pergaduhan dalam sidang lewat Rabu lalu akibat perbalahan mengenai operasi ketenteraan yang menyasarkan militan Kurdis di tenggara negara itu di mana majoriti penduduknya dari kumpulan etnik berkenaan.

Pertengkaran tercetus selepas ahli Parlimen Ferhat Encu dari Parti Demokratik Rakyat (HDP) yang pro-Kurdis merujuk kepada pembunuhan orang awam dalam operasi ketenteraan terhadap militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Ribuan militan dan ratusan anggota keselamatan serta orang awam maut sejak PKK melancarkan semula pemberontakan pemisahannya di tenggara Turki pada musim panas lalu.

Sehubungan itu, pemangku Speaker mengumumkan pada hujung sesi Rabu lalu bahawa Parlimen tidak akan bersidang lagi sehingga Isnin ini disebabkan perbalahan berkenaan.

Walaupun persidangan dihentikan, masih berlaku pergaduhan kecil semalam pada pertemuan lain yang membincangkan kekebalan daripada pendakwaan terhadap anggota Parlimen.

Presiden Recep Tayyip Erdogan menuduh HDP sebagai cabang PKK dan mendakwa anggota Parlimen yang mempunya kaitan dengan militan perlu didakwa.

Kira-kira 550 permohonan untuk menarik balik kekebalan ahli Parlimen sebenarnya menyasarkan anggota HDP. – Reuters/myMetro Online

Tags: Ahli ParlimenTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd