• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agak-Agaknya Apa Rahsia Tubuh Ramping Fasha Sandha?

oleh AK-47
01/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA semalam rahsia awet muda pelakon dan pengacara terkenal Pak Nil atau Datuk Haji Aznil Nawawi diketahui umum, apa pula rahsia tubuh langsing Fasha Sandha?

Aktres ini kelihatan langsing bukan kerana tidak ada selera makan dek perceraian yang dialami. Tapi rahsia pelakon ini tampil cantik dan langsing kerana mengikuti kelas Muay Thai.

Jangan sesuka hati membuat andaian bukan-bukan, Fasha belajar seni mempertahankan diri bukannya mahu belasah sesiapa pun.

Menurut dramatis ini, tujuan dia belajar seni bela diri itu adalah untuk menurunkan berat badan dan digunakan dalam babak-babak yang memerlukan dia membuat aks sendiri.

“Dah hampir dua bulan saya sertai kelas Muay Thai. Memang banyak kurang berat badan saya. Saya target nak berat badan sekitar 50 – 55 kilogram, insyaAllah tercapai,” jelasnya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Terbaharu, ibu tunggal ini kini melancarkan produk wangian bersempena namanya, Fasha Sandha ilham daripada pengasas tudung D’Haja.

Tidak terlintas di fikiran aktres ini untuk mempunyai wangian dengan label sendiri tetapi ditawarkan oleh pengasas tudung D’Haja iaitu Puan Ija.

download

Menurut Fasha kepada portal tersebut, pemilihan bauan wangian ini adalah dari dirinya sendiri. Wangian yang segar dan lembut, mampu bertahan selama 12 jam dan juga solat friendly.

“Saya sebenarnya tak pernah nak ada cita-cita untuk ada minyak wangi sendiri.  Tapi bila ditawarkan pengasas D’Haja, saya tertarik hati dan setuju menjadi duta bagi minyak wangi ini.  Saya sebagai duta sahaja,” ujarnya.

Minyak wangi ini bukan sahaja dipasarkan di Malaysia malah juga boleh didapati di Singapura, Brunei dan Abu Dhabi.

Dengan harga RM37 sebotol, wangian ini sesuai digunakan oleh semua lapisan umur jelas Fasha kepada portal tersebut sewaktu pelancarannya di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

Tags: D'HajaFasha Sandhalangsing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fasha Sandha Cedera Di Set, Tulang Mata Patah

Fasha Sandha Cedera Di Set, Tulang Mata Patah

02/03/2023
0

PETALING JAYA : Pelakon, Fasha Sanda dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani...

Terlalu Aktif, Fasha Sandha Keguguran

10/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Hanya sempat menikmati seketika debaran untuk kembali menimang cahaya mata, Fasha Sandha akur menerima kenyataan pahit apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd