• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adun Seri Delima Lepas, Bebas Tuduhan Menghasut

oleh Ahmad Albab
29/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima R.S.N Rayer hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut dalam ceramahnya di Jalan Delima, Island Glades Jelutong, di sini, dua tahun lepas.

Hakim Roslan Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, di akhir kes pendakwaan.

Roslan dalam penghakimannya berkata perkataan yang digunakan oleh tertuduh tidak membuktikan kecenderungan untuk menghasut.

“UMNO bukanlah satu kaum, tetapi merupakan sebuah parti politik, dengan ini mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie dalam kes di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948,” katanya.

Hakim itu turut melepaskan dan membebaskan Rayer yang juga seorang peguam daripada pertuduhan pilihan yang dihadapinya di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana pihak pendakwaan turut gagal membuktikan elemen menghasut yang dibuat oleh tertuduh.

Pada 27 Ogos 2014, Rayer mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut pada ceramahnya di Taman Permainan Kanak-kanak, Jalan Delima Island Glades, Jelutong di sini pada pukul 10 malam, 22 Mei 2014.

Dia didakwa menurut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, jika sabit kesalahan.

Rayer turut didakwa atas pertuduhan pilihan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan anggota UMNO dengan melafazkan kata-kata menghasut itu yang boleh memecahkan keamanan awam, di tempat dan pada masa serta tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit manakala Rayer diwakili oleh barisan peguam diketuai oleh Gobind Singh Deo. – BERNAMA

Tags: adunhasutan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Harap Rakyat Sarawak Buat Pilihan Bijak Pada 7 Mei

Next Post

2 Rakan Sekerja Maut Dalam Kemalangan

Related Posts

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

28/09/2024
0

Jasin : Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...

ADUN Sungai Bakap Meninggal Dunia

ADUN Sungai Bakap Meninggal Dunia

24/05/2024
0

BUTTERWORTH : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia selepas lebih tiga minggu menerima...

Next Post

2 Rakan Sekerja Maut Dalam Kemalangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd