• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan Sentiasa Perjuangkan Kehendak Rakyat – Salleh

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem disifatkan sentiasa memperjuangkan kehendak rakyat negeri ini yang mahukan pembangunan di luar bandar dan bukan sahaja tertumpu di bandar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh berkata sejak mengambil tampuk kepimpinan negeri, Adenan telah mengambil banyak pendekatan selari dengan kehendak rakyat dan terbukti mendapat sokongan daripada penduduk Sarawak.

“Dia (Adenan) berjuang untuk orang Sarawak dalam menentukan kepentingan Sarawak dalam Malaysia tidak dipinggirkan agar negeri ini diberi keutamaan, dan apa-apa janji yang kita buat semasa menubuhkan negara Malaysia harus ditunaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih di Masjid al-Muhajirin di sini, hari ini.

Salleh berkata pembangunan di negeri ini akan dirancakkan lagi jika Adenan mendapat sokongan padu daripada rakyat, dan kerajaan pusat juga akan memberi kerjasama penuh bagi membantu kerajaan Sarawak.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri (kini) berada di Sarawak dan ini menunjukkan komitmen kita dalam memberikan sokongan padu kepada kerajaan negeri.

“Kerajaan pusat telah bawa banyak perancangan yang besar, salah satu daripadanya ialah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang menelan kos beribu juta ringgit untuk keuntungan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengguna Marah Pasaraya Tak Sediakan Beg Plastik Dikritik

Next Post

Seorang Lagi Murid Tahun Satu Dipatuk Ular Di Pasir Gudang

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Seorang Lagi Murid Tahun Satu Dipatuk Ular Di Pasir Gudang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd