• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan Mahu Calon Terus BN Lepas Jawatan Dalam Parti

oleh Ahmad Albab
09/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mahu calon-calon terus Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri ke-11 melepaskan jawatan dalam parti politik masing-masing.

“Saya mencadangkan mereka melepaskan jawatan dalam parti,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas merasmikan forum belia yang dihadiri oleh kira-kira 2,500 belia dari seluruh negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari Sabtu.

Beliau mentakrifkan calon terus BN sebagai seorang yang dipilih untuk mewakili BN dan kemudian diberi keistimewaan untuk bertanding menggunakan lambang “Dacing” BN.

“Terserah kepada mereka untuk membuat keputusan kemudian selepas menang, untuk menyertai mana-mana parti komponen BN yang menjadi pilihan mereka.

“Tetapi mereka harus kekal pro BN kerana lambang BN yang membantu mereka menang,” kata beliau.

Adenan bagaimanapun tidak mahu memberi komen tentang apa yang akan berlaku jika calon yang menang membuat keputusan untuk tidak menyertai mana-mana parti kemudian.

Baru-baru ini sebuah parti yang mesra BN, Parti Rakyat Bersatu (UPP) menyatakan bahawa anggota dan pemimpinnya yang dipilih sebagai calon pilihan raya tidak akan melepaskan jawatan dalam parti.

Terdahulu semasa menjawab soalan pada forum, beliau berkata kerajaan negeri bukan sahaja melarang ahli politik tetapi juga bukan ahli politik luar melawat Sarawak jika mereka datang untuk “meracuni rakyat untuk membenci antara satu sama lain.”

Beliau berkata Sarawak ialah negeri paling aman dan harmoni di Malaysia walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Saya tidak mahu ini diganggu. Sebab itulah kerajaan bukan sahaja melarang ahli politik tetapi juga fanatik agama dan ekstremis perkauman,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedah Lancar Barakah Bantu Keluarga Miskin

Next Post

Hanya BN Mampu Bawa Semua Kaum Ke Tahap Lebih Tinggi

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Hanya BN Mampu Bawa Semua Kaum Ke Tahap Lebih Tinggi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd