• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Andaian Orang Asing Penan Masih Mundur Salah

oleh Ahmad Albab
30/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata andaian orang asing bahawa masyarakat Penan masih mundur adalah salah kerana kaum itu kini menikmati kehidupan model hasil pembelaan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata ini membuktikan dasar dan rancangan pembangunan inklusif oleh BN tidak menyisih mana-mana kaum atau golongan masyarakat daripada menikmati arus pembangunan moden.

Katanya beliau menyangkal tanggapan Bruno Manser, kononnya pejuang hak kaum Penan di Sarawak, bahawa masyarakat itu masih berpindah randah, memakai cawat dan ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

“Itu tidak benar. Saya melihat sendiri bahawa mereka telah moden,” katanya di hadapan 2,500 orang pada majlis pemimpin bersama rakyat di Rumah Panjang Mareng di Suai Niah, terletak kira-kira 135km dari sini.

Kediaman 36-pintu itu merupakan rumah panjang moden pertama bagi komuniti Penan yang dianggarkan berjumlah 18,000 orang di seluruh Sarawak.

Penan adalah salah satu kaum dalam kumpulan etnik Orang Ulu.

Najib berkata hasil bantuan dan peluang diberi oleh BN, kehidupan masyarakat itu mula mengalami perubahan sehingga ada anak muda daripada masyarakat itu sudah berjaya menjejak kaki ke universiti.

Beliau juga menghormati pencapaian Ketua Masyarakat Penan Sarawak, Datuk Temenggung Hasan Sui, yang hadir pada majlis tersebut, yang disifatkan sebagai contoh orang Penan yang berjaya.

Hadir sama BN Kemena, Datuk Dr Stephen Rundi Utom dan calon BN Samalaju, Majang Renggi.

Pada majlis itu, Najib mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk digunakan bagi tujuan menambahbaik serta menambah kemudahan rumah panjang Mareng Penan.

Peruntukan RM200,000 juga diberikan kepada Persatuan Kaum Penan untuk tujuan pendidikan anak-anak mereka.

Selain itu, Najib turut menyampaikan surat kelulusan tawaran untuk skim pinjaman rumah panjang kepada 34 pintu di rumah panjang Mareng Penan dan rumah panjang Ngipa Tinggang yang mempunyai 89 pintu di Sebauh, Bintulu.

Sementara itu, Rundi berkata perdana menteri sentiasa mendengar rintihan masyarakat Penan dan penduduk di Kemena bukan sahaja sewaktu pilihan raya.

Beliau berharap perdana menteri akan terus prihatin terhadap masalah di luar bandar seperti bekalan air bersih dan elektrik serta jalan raya.

Hasan Sui, serang jutawan Penan, pula berkata walaupun etnik Penan adalah kumpulan kecil namun mereka tetap menyokong penuh Najib untuk terus memimpin negara.- BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd