• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual Minuman Keras Di Pawagam, GSC Tak Hirau Sensitiviti

oleh AK-47
27/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIHAK pengurusan pawagam GSC dilihat sebagai tidak bertanggungjawab apabila memilih untuk menjual minuman keras di pawagam mereka.

Seperti yang kita sedia maklum, pawagam antara tempat hiburan keluarga yang mana agak tidak sesuai minuman keras dijual di tempat tersebut.

Semalam GSC telah tampil memberi jaminan bahawa hanya orang dewasa dan bukan Islam dibenarkan untuk membeli bir dari cawangannya.

Pihak GSC membuat kenyataan berkenaan selepas Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHA) telah membuat aduan berikutan terdapat jualan alkohol di pawagam itu di mana menurut persatuan berkenaan ia boleh menggalakkan tabiat meminum minuman keras di kalangan pengunjung dan mereka di bawah umur.

“Jualan ini hanya dihadkan kepada pengunjung dewasa di GSC Perdana dan Gold Class lounge.

“Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, pawagam kami mematuhi undang-undang tempatan dan tidak menjual bir kepada orang Islam dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun,“ katanya seperti yang dipetik laporan portal Malaysiakini.

arakboh2

Mereka turut memberitahu bahawa para pelanggannya “datang dari semua lapisan masyarakat”.

“GSC sentiasa berusaha memastikan pawagam kami terbuka kepada semua kerana kami percaya dalam memberikan nilai yang besar dan suasana yang selesa untuk semua orang bagi menikmati keajaiban filem pada skrin besar,”

Timbalan Presiden PHA P. Murugiah pada minggu lalu berkata, NGO itu telah mengadu kepada pihak berkuasa berhubung perkara itu.

arak

“(Kami mahu) tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penjualan arak di pawagam,” katanya.

Agak sedikit mengecewakan sebenar melihatkan tindakan pihak pawagam GSC yang seakan ingin mengaut untung tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat, lebih-lebih lagi buat pengganut Islam.

Lebih memeranjatkan lagi apabila pihak yang mempersoalkan isu penjualan arak yang semakin berleluasa ini adalah daripada pertubuhan bukan Islam.-MYNEWSHUB.CC

Tags: arakgscpawagam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

SPRM Serah Notis Kepada Anak Tun M Isytihar Aset

Ikrar Bawa Tanglung Rupanya Seludup Rokok, Arak Bernilai RM9 Juta

18/01/2024
0

Pelabuhan Klang: Ikrar bawa masuk tanglung, baju, kotak dan perabot namun tindakan sindiket penyeludupan rokok dan arak cuba mengaburi mata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd