• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Penceroboh Lahad Datu Mahu Jadi ‘Sultan Sabah’

oleh Ahmad Albab
27/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ketua penceroboh Lahad Datu, Datu Agbimuddin Kiram mahu menjadi ‘Sultan Sabah’ sekiranya apa yang dikenali sebagai kesultanan Sulu berjaya menuntut negeri itu daripada Malaysia.

Warga Filipina, Salib Akhmad Emali, 63, yang dibicarakan dalam kes pencerobohan pada 2013 itu, berkata Agbimuddin selalu berbalah dengan abangnya, Esmail Kiram, mengenai tuntutan terhadap Sabah.

“Saya dengar nama sahaja (Agbimuddin). Orang-orang ada bercakap mengenai dia.

“Setelah saya ada dalam mahkamah ini, baru saya tahu siapa dia,” katanya dalam bahasa Suluk, yang diterjemahkan jurubahasa mahkamah.

Salib Akhmad membela diri terhadap tuduhan menganggotai sebuah kumpulan pengganas dan melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Jamil Aripin pada pemeriksaan balas, tertuduh berkata dia tidak pernah terlibat dengan kegiatan mencari anggota untuk Royal Sulu Force (Tentera Diraja Sulu) di Sabah sebagai persiapan untuk menguasai negeri itu sekiranya rundingan mengenai tuntutan tersebut mengalami kegagalan.

Salib Akhmad juga berkata dia tidak pernah mengenali orang lain yang disebut sebagai Sultan Sulu, kecuali Esmail, yang ditemuinya pada 2012.

Seramai 13 rakyat Filipina dan seorang rakyat tempatan membela diri di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah di sini terhadap pelbagai pertuduhan yang didakwa dilakukan mereka di antara 12 Feb dan 10 April 2013.

Sebahagian daripada mereka menghadapi satu hingga pelbagai tuduhan menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Sebahagian yang lain pula dituduh secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas atau mendapatkan dan memberi sokongan kepada sebuah kumpulan pengganas.

Perbicaran bersambung esok. – BERNAMA

Tags: lahad datu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Lahad Datu Genap 13 Tahun Masih Segar Dalam Ingatan

Tragedi Lahad Datu Genap 13 Tahun Masih Segar Dalam Ingatan

04/03/2026
0

AL-FATIHAH... Tidak pernah dilupakan detik hitam yang menguji kedaulatan negara apabila pencerobohan bersenjata berlaku di Lahad Datu, Sabah. Peristiwa pada...

Bahaya Kabel Halus di Laluan Kampung Puyut, Rider Cedera Ringan

Bahaya Kabel Halus di Laluan Kampung Puyut, Rider Cedera Ringan

28/09/2025
0

Bahaya Kabel Halus di Laluan Kampung Puyut, Rider Cedera Ringan Lahad Datu, 28 Sept – Orang ramai khususnya penunggang motosikal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd