• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Berusaha Keras Mentransformasikan Sarawak

oleh Ahmad Albab
26/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Barisan Nasional (BN) berusaha keras untuk mentransformasikan negeri ini dan rakyat Sarawak terutama di luar bandar agar mereka dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata parti itu akan sentiasa berusaha bagi memastikan infrastruktur asas, utiliti dan kemudahan awam bertambah baik di seluruh negeri ini.

“Tidak kira di mana rakyat tinggal, mereka akan memperoleh standard kehidupan dan kualiti hidup yang lebih baik. Saya mempunyai perancangan untuk mengubah Sarawak menjadi negeri maju yang akan membawa kita ke tahap lebih tinggi dan masa depan lebih cerah, katanya.

Beliau berkata demikian dalam kata-kata aluan Manifesto BN Sarawak 2016 bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).

Manifesto bertemakan ‘Beri Peluang Kepada TeamAdenan #theAdenanWay’ itu dilancarkan Adenan di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini, hari ini, bagi menghadapi PRN-11 pada 7 Mei.

Adenan, yang juga Presiden PBB, berkata bagi menjamin keamanan dan kemakmuran Sarawak, kerajaan BN akan terus mengekalkan perpaduan kerana sedar bahawa tanpa keupayaan untuk bekerjasama, mereka tidak akan dapat mencapai matlamat.

Beliau berkata dengan perpaduan sebagai asas dan kekuatan mereka, kerajaan BN akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat Sarawak.

“Kita akan berusaha menjana lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan sehingga 2030 dan seterusnya, melalui pelan pembangunan, strategi dan inisiatif yang terbukti berkesan.

“Kita akan mewujudkan lebih banyak peluang pendidikan untuk anak-anak muda bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan agar menjadi sebahagian daripada masa depan Sarawak yang lebih cerah,” katanya.

Selain itu, Adenan berkata BN juga akan terus mempertahankan hak-hak negeri Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.

“Kekuatan kami adalah perpaduan. Kami lebih kuat sebagai Sarawak yang bersatu padu. Malaysia lebih kuat dengan Sarawak yang bersatu padu.

“TeamAdenan dibentuk bagi mencapai cita-cita kami. Pasukan saya akan sentiasa bekerja keras untuk rakyat Sarawak supaya mereka terus menikmati keamanan, kemajuan dan kemakmuran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Penumpang Tampar, Maki Krew Syarikat Penerbangan

Next Post

Gangguan Bekalan Air Di Kuantan Khamis Ini

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Gangguan Bekalan Air Di Kuantan Khamis Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd