• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muzium Kematian Bangkok Pamer Mayat Manusia Yang Diawet

oleh AK-47
26/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI penggemar sesuatu yang luar biasa, Muzium Perubatan Siriraj, Bangkok, Thailand mungkin salah satu lokasi yang wajib dikunjungi paling kurang sekali seumur hidup.

Ini kerana, muzium yang lebih dikenali sebagai ‘Muzium Kematian’ ini menawarkan pameran tengkorak, mayat manusia dan organ sebenar yang telah diawet.

Muzium ini terletak di tepi sungai Chao Phraya dan berada dalam bangunan Hospital Siriraj.

Pada awal pembinaannya, hospital ini hanyalah berfungsi sebagai pusat rawatan dan penyelidikan.

Namun, pada tahun 1972, salah satu bahagian hospital itu diubah menjadi ruang pameran perubatan buat tontonan umum.

Seiring dengan perkembangannya, kini terdapat 6 muzium perubatan kecil di dalam Muzium Siriraj.

Enam muzium tersebut adalah Muzium Ellias Patologi, Muzium Congdon Anatomi, Muzium Prasejarah Sood Sangvi Chien dan Makmal, Muzium Parasitologi, Muzium Perubatan Forensik Songkran Niyomsane dan Muzium Siriraj Bimuksthan

Dalam muzium Ellias Pathologi, terdapatnya pameran mayat individu penyakit jantung dan kanser, dan pelbagai jenis kecacatan kongenital bersama-sama dengan rawatan yang betul dan langkah-langkah pencegahan.

Muzium di Bangkok

Siriraj Medical MuseumSiriraj Medical Museum

Muzium di Bangkok

Muzium di Bangkok

Muzium di Bangkok

Muzium di Bangkok

Muzium di Bangkok

Muzium di Bangkok

Manakala, di Muzium Congdon Anatomical terdapatnya pameran tentang struktur anatomi semua sistem di dalam badan manusia, bermula dari konsep umur reproduktif. Selain itu, pelbagai bentuk kelahiran berganda juga dipamerakan dalam muzium ini.

Di Muzium Prasejarah Sood Sangvi Chien dan Makmal, boleh dilihat pelbagai peralatan, perhiasan peninggalan bersejarah yang ditemui di Laman Chorakhe Phuek di Wilayah Kanchanaburi, Thailand. Berlainan pula di Muzium Parasitologi, yang memaparkan pelbagai jenis parasit yang hidup di dalam tubuh manusia.

Muzium Perubatan Forensik Songkran Niyomsane mempamerkan punca-punca kematian luar biasa. Antaranya termasuk memaparkan tengkorak dan beberapa bahagian dalam badan. Selain itu, mumia pembunuh bersiri Thailand juga ada di dalam muzium ini.

Terakhir adalah Muzium Siriraj Bimuksthan yang dikhusukan untuk memaparkan sejarah perubatan dan sejarah dari Hospital Siriraj. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Muzium
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

MP Pembangkang Cadang Ambil Alih Hotel GISBH Jadi Muzium

MP Pembangkang Cadang Ambil Alih Hotel GISBH Jadi Muzium

05/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang untuk mengambil alih hotel milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Langkawi, Kedah dan menukarnya...

Kemudahan Di Bawah MOTAC Ditutup Sehingga 30 April

16/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Semua kemudahan awam di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) ditutup berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd